(35 Foto) Galeri Gambar Honda BR-V dan Kit Modulo

honda-br-v-2017-09

Honda Malaysia telah melancarkan Crossover BR-V 7 tempat duduk sepenuhnya yang bergaya dan praktikal. BR-V atau singkatan kepada Bold Runabout Vehicle telah dibangunkan khas oleh Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) untuk pasaran Asia dan Oceania.

BR-V serba baharu dikuasai oleh enjin 1.5L i-VTEC dan dipadankan dengan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT) yang dibangunkan di bawah “Honda Earth Dreams Technology” untuk meningkatkan penjimatan bahan api serta menawarkan prestasi pemanduan lebih baik.

Honda Malaysia menawarkan BR-V serba baharu dalam dua varian iaitu E dan V. Kedua-dua varian ini direka untuk memenuhi keperluan berbeza dalam kalangan pelanggan BR-V serba baharu.

Varian E ditawarkan pada harga RM85,800 (Harga Atas Jalan dengan Insurans), manakala varian V pula berharga RM92,800 (Harga Atas Jalan dengan Insurans) seunit.

Aspek keselamatan menjadi keutamaan Honda ketika membangunkan BR-V serba baharu. BR-V serba baharu menerima skor lima bintang keselamatan oleh ASEAN NCAP dan dilengkapi dua Beg Udara Hadapan SRS, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Pendakian (HSA), Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD) dan ISO Fix.

BR-V serba baharu didatangkan dalam lima warna iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic), Perak (Lunar Silver Metallic), Putih (Taffeta White) dan warna baharu, Perang (Golden Brown Metallic).

BACA: HONDA BR-V KINI DI PASARAN – HARGA DARI RM 85.8K HINGGA RM 92.8K

Berikut ialah galeri gambar luaran dan dalaman Honda BR-V:

Pakej Aksesori dan Kit Modulo

BR-V serba baharu juga hadir bersama tiga pakej aksesori yang versatil untuk meningkatkan lagi eksklusiviti dan praktikaliti kenderaan ini. Perincian aksesori BR-V seperti di bawah:

  • Pakej Utiliti (RM1,280) : Visor Pintu, bekas pada bahagian kargo, Trunk Organiser, Pelindung Cahaya Matahari dan Filem Perlindungan pada pintu.
  • Pakej Urban (RM2,945) : Spoiler Belakang, Pemijak Sisi dan Kemasan Pemijak Kaki ditawarkan pada harga
  • Pakej Modulo (RM3,750) : yang menawarkan kemasan pada bahagian hadapan dan belakang, selain Skirting Sisi serta Spoiler Belakang.

Berikut ialah gambar Kit Modulo Honda BR-V:

Muhammad

Kata Anda//