Sebastien Loeb dan Daniel Elena memandu dengan cemerlang pada hari terakhir Rally Turkey dan mencatat kemenangan hatrik dalam WRC 2010. Kejayaan terbaru ini membolehkan mereka mendahului 40 mata di hadapan Petter Solberg. Citroen Total World Rally Team sekarang ini mempunyai kelebihan 15 mata di hadapan BP Ford Abu Dhabi World Rally Team bagi kategori pembuat.
Hujan lebat pada Sabtu malam dan pagi Ahad menjadikan hari terakhir acara, berbahaya dan sukar diramal dengan 2 peringkat [stages] – Deniz [SS18] dan Mudarli [SS19] dibatalkan kerana keadaan yang sangat teruk. Hari terakhir dimulakan di Ballica [SS20] dan pasangan Loeb – Elena pelumba pertama dilepaskan dan mengambil kesempatan mencatat masa terpantas. Di tempat kedua pula ialah Petter Solberg dari tim Petter Solberg World Rally Team dengan jentera Citroen C4 WRC.
Apa khabar tim Ford? Nampaknya Mikko Hirvonen dan Jarmo Lehtinen tidak menghampakan BP Ford Abu Dhabi World Rally Team dengan mendapat tempat ketiga. Rakan sepasukannya, Jari-Matti Latvala dan Miikka Anttila pula menamatkan perlumbaan di tempat kelapan. Kejayaan Ford tidak mudah, tayar kereta Hirvonen pancit manakala kereta Latavala pula kemalangan dan bergolek. Dengan bantuan penonton yang menterbalikkan kembali keretanya, beliau kembali memandu dengan pantas tetapi lebih ‘sopan’. Kemenangan mereka menjadikan Ford berada di tempat kedua dengan 15 mata dibelakang Citroen manakala Hirvonen di kedudukan ketiga kategori pemandu, 5 mata di hadapan Latvala di tempat keempat.
Juara dunia F1 2007, Kimi Raikkonen dari Citroen Junior WRT dengan kereta Citroen C4 WRC mencatat keputusan terbaik setakat musim ini. Beliau mendapat tempat kelima di hadapan pemandu yang lebih berpengalaman dan ini merupakan rali yang kesembilan buat dirinya.
Pusingan kelima WRC akan berlangsung tidak berapa jauh dari negara kita iaitu di Auckland, New Zealand pada 6 hingga 9 Mei depan.
Foto: Citroen & Ford
-Mak Uia-
ps: Ken Block kemalangan di SS1 – Stereng rosak.
Keputusan Rali Turkey 2010:
1. S Loeb/D Elena, Citroen C4
2. P Solberg/P Mills, Citroen C4
3. M Hirvonen/Jarmo Lehtinen, Ford Focus RS
4. S Ogier/J Ingrassia, Citroen C4
5. K Raikkonen/K Lindstrom, Citroen C4
9 comments
Skip to comment form
Takde muka lain ke yg menang…balik2 org yg same jer…
Entah. Gua tengah bertafakur tak habis lagi ni.
ako sokong CaparZo…
sebab dia la ako dah boring tgk WRC…
dio ni jah sokmo2 mene..
Ken block tetap . . . . . poyo..
huh gua xpuas ati btul ngan mamat tu xtau apasal..
ken blok power….tp dia pya rali kureng la……..
wrc dah macam f1 dulu2 balik2 orang yang sama menang…
tahun ni k sikit dia fight ngan peter solberg, ogier and hirvonen, tp still loeb nya luck and kepandaian still no 1. x leh buat pe ah dia memang the best. tapi lepas ni mesti seb ogier lak power.
Latvala pun boleh tahan tapi masalah dia selalu sangat kemalangan
Macam Saladin, kalau dia tak kemalangan mesti dia menang