Sebuah lagi model yang patut VW pertimbang untuk dipasang di Pekan ialah Tiguan. Di dalam segmen SUV sederhana tempatan Honda CR-V sudah lama bermaharajalela tanpa saingan sengit daripada pembuat lain. Tentangan yang ada hanya suam-suam kuku sama ada daripada Nissan X-Trail, Hyundai Tucson atau Kia Sportage.
Setelah beberapa tahun dipasaran VW kini memberi rupa baharu kepada Tiguan. Fasia hadapan Tiguan diselarikan dengan DNA rekaan terbaru VW iaitu garis-garis horizontal yang kelihatan lebih smart dan sleek berbanding model sedia ada.
Tiguan adalah salah satu model global popular VW yang menikmati jualan tinggi di seluruh Eropah, Rusia, AS, China, Brazil dan Australia. Sejak dilancarkan pada 2007 sebanyak 572,000 unit Tiguan sudah terjual.
Di tempat kita pula balik-balik CR-V.
Sumber: Newspress
-Mak/d Uia-
7 comments
Skip to comment form
`Asyik-asyik CR-V.`
lain macam je bunyik nye tu….
btula mak…aku mcam dh bosan laa ngn T n H… kete conti ni pn xkurg hebat hbt gak, tpi yg gua xbekenan tu… harga die!!
kalaulah proton rebadge kan model nie….
fuhhh menarik nie…. blh bwk untung tk proton nie…..
lawa ke CRV/ gua tabik spring kat hyundai tucson ..rega cun.. quality not bad
x resing lngsung..mat kacau msti mau yg resing je…suv n mpv xbez…go 4 volvo!!!!
tula…harga keter conti ngan sparepart die tak bape nak cun…
aq dah lama tngok gambar ni tp ingatkan toureg baru rupanya
tiguan…cam xde beza ngan toureg ja…