VW telah memperkenalkan kepada umum jentera rali Dakar terbarunya iaitu Race Touarag 3 menggantikan Race Touareg 2 yang dua kali menjadi juara pada tahun 2009 dan 2010 dan juga kenderaan diesel pertama menjadi juara. Model terbaru Touareg 3 dikatakan lebih pantas dan efisien di samping mengekalkan kekukuhan dan ketahanan model lama.
Ujian terowong angin banyak mempengaruhi perubahan pada bahagian gentian kaca dan kevlar badan kereta dengan fokus untuk memperbaiki sistem penyejukan pada bumbung dan meminimumkan gangguan aliran udara pada kelajuan tinggi. Ini juga menjadikan Touareg terbaru tampil dengan gayaan lebih segar seperti lampu LED, jeriji, garisan tingkap, bahagian belakang dan rim.
Menjana kereta ini ialah enjin turbo berkembar 2.5 liter TDI yang telah diubahsuai untuk lebih ekonomikal disamping mengekalkan kuasa 300ps dan tork sebanyak 442lbs ft. Selain dari itu, ianya juga ditala untuk variasi cuaca di Dakar di mana kereta perlu mendaki lebih daripada 15 ribu kaki di atas paras laut dan memastikan enjin tidak kehilangan kuasa apabila udara semakin menipis pada ketinggian tersebut.
Kuasa enjin kemudiannya disalurkan kepada kotak gear LSD dengan 5 kelajuan sequential yang menggunakan klac seramik 3 lapik ZF-Sachs. Hasil pakej ini membolehkan Touareg memecut ke 62 bs/j dalam masa 6.1 saat dan kelajuan maksimum 117 bs/j dalam apa jenis keadaan pun.
Tayarnya pula dibuat khas iaitu BF Goodrich 235/85 R16 dengan dua pasang rim dan tayar diangkut sekali sebagai gantian jika perlu.
Touareg 3 telah pun menjalani ujian dengan jarak 10 ribu km sebelum Rali Dakar 2011 bermula. Ini bersamaan dengan dua kali ganda Rali Dakar dan lebih jauh dari jarak perlumbaan Formula Satu untuk satu musim.
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
8 comments
Skip to comment form
dashboard macam dalam kapal terbang banyak sangar button..
mak oi cokpit dia…
dashboard die de byk button ar…
kete ni mst blh terbang ni,xpun kete ni bleh btukr bentuk….
kalah kete dlm cite night rider……
hahahahaha……
Mak ai kokpit kalah helikopter Airwolf…
ahh..kokpit dia byk jer button tp xleh dgr lagu raya kt radio sinar fm…
Hebat kereta ni. Import manne
matpon,keta ni import dr bahau…
Kat co-driver skrin GPS smpai 2….back-up system?