VW Golf GTI adalah kereta yang sleek, luas, cantik dan berprestasi. Cuma satu masalah dengan kereta lagenda tersebut ialah harganya yang tinggi dan jauh dari jangkauan rakyat marhaen. Untuk mengatasi masalah tersebut, VW men’GTI’kan Polo, kereta yang lebih murah dan boleh dikatakan sebagai kereta rakyat. Kiranya di eropah Polo ini ibarat Proton Saga BLM. Dan ini bermakna bukan orang kelas tinggi sahaja boleh bermain kereta tetapi orang yang basik-basik pun boleh turut serta.
Polo berprestasi tinggi yang pertama sekali dalam dunia diperkenalkan pada tahun 1986 dengan nama G40 Coupe – kereta yang berkuasa 113ps dengan enjin supercaj, badan yang ringan dan pengendalian yang ‘tajam’.
24 tahun selepas itu, Polo GTI mengambil semula konsep asas G40. Enjin yang digunakan adalah 1.4 liter TSI supercaj dengan turbo. Macam superturbo. Kuasa supercaj digunakan sehingga 3000 rpm dan kemudiannya diambil alih oleh pengecas turbo dan kuasa yang dicapai ialah 180ps pada 6200 rpm. Kesemua kuasa tersebut hanya digunakan untuk menarik beban badan yang hanya seberat 1184 kg. Baca spesifikasi saja kita dah boleh bayangkan Polo GTI ini memang seronok untuk dipandu.
Enjin TSI tersebut dipadankan dengan kotak gear berkembar DSG 7 kelajuan untuk memacu tayar hadapan. Selain dari electronic slip differential [EDL] standard pada Polo GTI, kereta ini turut dilengkapi dengan XDS differential iaitu lanjutan kepada EDL tadi. XDS ini ialah sistem kawalan traction elektronik yang menyilangkan kuasa untuk memberi lebih traction dan kejituan pengendalian kenderaan. Bagi menambah ramuan untuk menyedapkan lagi pengendalian Polo GTI, VW menggunakan spring dan damper baru dan menjadikan kereta ini 15mm lebih rendah dari Polo standard kapak.
Pada bahagian luaran pula seperti lazimnya model GTI adalah gril sarang lebah dengan garisan merah dan logo GTI. Lampu depan pula ada LED yang menyala siang hari yang sekarang ini dah jadi tren kereta-kereta dari Eropah.
Kan kacak bamper depan macam ini, garang dalam lembut, tak ada serabut sangat macam bumper hitam Audi, Mitsubishi dan Naza Citra.
Sumber: Newspress/VW UK
-Mak Uia-
15 comments
Skip to comment form
komen gua macam biasa…tah berapa la harga gamaknya bila dah masuk sini..
keta org2 kaya….
senang cite, harga sana dikali 3 kalu masuk sini…
kerusi macam pelikat Gajah Duduk……nk tarik minat ketua kampung……
ketua kampung pon x mampu nak beli……
ayat gua macam biasa…beli wat pegi pasar
POLO bukan yg gula2 tu ke…pelik tul diorang letak name kete ie…
apsal VW letak nama sukan kat kete dorang..
VW PINGPONG…
rasa mcm dah nampak keta ni semalam kt jln..
gua suka….
bilalah Proton nak ada keta macam nie….
peh semat seh dr depan…
klo savvy aku cenggini
kan lg best
lawa mmg lawa tp mampu ke org kebanyakan cm kite nk angkat satu?
stkat tgk tepi jalan n berangan bawak bakal mak mertua g bli kain nk wak baju nk sanding boleh r kot…
Ini ler kete idaman gua sejak dari gua tgk citer Ultramen Taro lagi…tapi apekan daya duit nyer takde…maka dgn itu dpt tgk je la
mahal..
harap proton leh ciplak interior dia utk next model
interior exora best gak pd gua
ciplak pon ciplak la
jnji jawe!!!