Veloster: Model Luar Kotak Hyundai

Model Hyundai yang paling sporty pernah saya ingat dipasarkan ialah Coupe. Ianya adalah seperti imbasan Mitsubishi Mirage Asti atau pun Proton Putra. Cuma badan Hyundai Coupe lebih beralun serta berlekuk sesuai dengan bahasa rekaan mereka. Kereta coupe atau hatch lebih digemari anak muda atau mereka yang muda di hati. Hakikatnya sukar untuk segmen itu memberi pulangan lumayan kepada pengeluarnya kerana jualan yang tidak sekencang model massa. Model dua pintu juga cepat jatuh harga dan kurang digemari oleh bakal ibu mertua. Walau bagaimanapun, pengeluar kereta sama ada kecil atau besar tetap mengeluarkannya di atas beberapa seperti alat pemasaran. Sebagai contoh Proton Satria Neo, jualannya sangat kecil jika dibandingkan dengan model massa lain seperti Saga atau Persona. Walaupun lemah daripada segi jualan namun Satria Neo mendatangkan pulangan dalam bentuk kesedaran jenama apabila Proton menggunakannya di dalam rali antarabangsa.

Jika dibandingkan dengan kos pengiklanan secara langsung di media ternyata penajaan di dalam sukan antarabangsa lebih kos efektif di mana capaiannya lebih meluas. Di tambah dengan kemenangan podium secara konsisten, jenama Proton akan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Harus tahu bahawa Proton Satria Neo versi perlumbaan sudah dipasarkan di Jepun dan dengarnya kumpulan pertama sudah habis terjual. Hyundai juga tidak terkecuali dengan menggunakan taktik penajaan cuma mereka lebih fokus kepada pasaran Amerika Syarikat. Di sana Hyundai menggunakan model Hyundai Genesis Coupe untuk bersaing di dalam sukan drift seterusnya menambat hati anak-anak muda.

Pada awal tahun ini, Hyundai telah melancarkan Veloster, sebuah model tiga pintu coupe yang berada di dalam kategori niche. Jika dinilai daripada rekabentuknya, sukar untuk dipercayai yang model itu dihasilkan oleh Hyundai. Rekaannya unik dan tidak salah jika saya katakan Veloster adalah cita-cita Hyundai untuk bersaing dengan Scirocco keluaran VW. Dengan mengambil inspirasi daripada model konsep yang dipertontonkan pada tahun 2007 di Pameran Kereta Seoul, Veloster tampil sebagai wakil hala tuju baharu Hyundai untuk tahun 2011. Walaupun berbentuk coupe namun Veloster berbeza dengan produk pesaing lain melalui konfigurasi pintu unik iaitu satu sahaja pintu untuk penumpang belakang yang kebiasannya mempunyai dua sisi. Dari luar, Veloster kelihatan seperti kereta dua pintu namun rahsia pintu ketiga terletak pada pembuka pintu yang disekalikan dengan tingkap. Unik, rekaan pembuka pintu tersorok biasanya dibuat oleh Alfa.

Profail dinamik Veloster adalah mengikut tema rekaan moden Hyundai iaitu Fluidic Sculpture. Tiang A yang dihitamkan pula menonjolkan cermin hadapan seolah-olah ianya bertangkup tanpa tiang dengan cermin pintu tepi. Signatur gril Hyundai yang berbentuk heksagon, perincian pada bonet, arca roda yang atletik dan lampu utama yang nampak dominan mengukuhkan lagi bentuk agresif Veloster dari pandangan hadapan. Pada bahagian belakang, cermin dan ekzos yang diposisikan ditengah bumper pula melengkapkan imej sporty Veloster.

Veloster akan ditawarkan dengan teknologi enjin terbaru Hyundai termasuklah transmisi klac berkembar enam kelajuan pertama yang dibangunkan oleh Hyundai sendiri. Selain daripada itu, dengan enjin baru 1.6 liter GDI, Veloster akan menjadi sebuah coupe tanpa kompromi dengan pengalaman pemanduan menyeronokkan tanpa mengabaikan alam sekitar.

“Veloster baharu dilihat berjaya mengatasi masalah rekaan kereta coupe yang mengorbankan keselesaan dan kesenangan semata-mata untuk gaya,” kata Allan Rushfoth, Naib Presiden dan COO Hyundai Motor Europe. Kereta yang menyeronokkan ini menawarkan kepada pelanggan rekaan yang rapi dan menonjol melalui rekabentuk inovatif tiga pintu coupe.

“Veloster melambangkan evolusi jenama Hyundai di Eropah, rekaan terbaru ini tampil lebih bagus dengan pakej sempurna dengan karakter Hyundai seperti kualiti, keselamatan dan kecekapan. Kami menjangkakan model itu bakal menarik lebih ramai pelanggan baharu apabila ianya dipasarkan di Eropah kelak”, kata Rushforth.

Apa yang pasti, dengan model niche sebegini saya yakin sukar untuk Hyundai mendapat pulangan pelaburan dalam masa singkat. Silap-silap model itu tidak membawa keuntungan langsung. Walau bagaimanapun, keuntungan tidak seharusnya dikira dengan jumlah jualan sahaja tetapi aspek lain seperti kesedaran jenama. Veloster telah membuka banyak mata-mata yang memandang rendah jenama Hyundai. Ianya membuktikan bahawa Hyundai juga tahu berseronok dengan menghasilkan model sebegitu. Kadang-kadang kita perlu melakukan sesuatu yang kontroversi dan pelik untuk menarik perhatian orang ramai. Tambahan pula kita kini berada di dalam generasi attention seeker. Ahli politik atau artis berkemungkinan setuju dengan saya.

Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

16 comments

Skip to comment form

  1. Mak/d…ari sabtu dah kuar artikel ni dlm Kosmo kan?

  2. A.a, tapi ada yang tak sama

    • Alteja on 27/09/2011 at 12:00 PM
    • Reply

    Takpe dah masuk memana paper pun
    Tak semua org baca paper yg kita baca
    Aku lagi tua dari Baii kot, so kereta camni dah bukan pilihan aku……

    • smut_liar on 27/09/2011 at 6:08 PM
    • Reply

    its a good word la mat…
    NICHE

    1. tengs tengs gua keje moderator kena tempias gak lu puji2 ni. hnsss hnsss hnssssss.

    • azwan nbs on 28/09/2011 at 1:45 AM
    • Reply

    i`m back…!!! yeah!!!

    bahagian depan tu macam penah nengok je la…cam familiar…tapi memang terbaek….!

    • jabroni on 28/09/2011 at 8:27 AM
    • Reply

    Hyundai & Kia still SUCKS…. Naza also!

  3. gua pun dah tak suka honda.. next car mazda.. baru ummphhh ..

    • belalang_kontot on 29/09/2011 at 5:58 PM
    • Reply

    azwan_nbs
    welcome back…baru gua nak sound mane lu ilang.g khidmat negara ke?hehehe

    sepat
    aik?terpengaruh ngan baii ke?hahaha…

    nway kete ni smart…tp cam bese…lepas 5thn kat msia baru leh judge kete ni..hehe…

    • jabroni on 30/09/2011 at 10:52 AM
    • Reply

    budak baru: gua sbnrnye xleh blah dgn brand2 korea ni… xtau la… x bermakna brand jepun semuanya bagus gak… brand jepun skrg paling suck honda… x kira la model apapun korang akn nmpk betapa ‘suck’nye… jgn terkejut kalu myvi lg best ni body lg mantap dr city, & jgn terkejut kalu body saga lebih tough dr altis

    • pok mat on 01/10/2011 at 12:00 AM
    • Reply

    cantik

    • azwan nbs on 03/10/2011 at 1:04 AM
    • Reply

    belakang_kontot
    khidmat negara la..mane lagi…3 bulan tanpa internet serta majalah kereta…asyik ngadap viva bikin paip je…puihh…

    • megatputrakuning2012 on 09/10/2011 at 4:20 PM
    • Reply

    bolleyla….korea nyer brand…..sakit jiwa…honda?…lg insane…bkn insane design gns2 tp merapu…bangang pon ada….
    myvi? lu pikir la sdri…baek aku pki myvi….

    • satriaburuk on 15/10/2011 at 1:03 PM
    • Reply

    aaa,gua layan satria mirage x berape nak laju tu je..

    • gonjeng on 08/10/2012 at 4:56 PM
    • Reply

    aku pakai hyundai coupe 1st model..org kate byk masalah la ape la..tapi bila aku dah memilikinya..hahaha! rase macam terbang tawu x..siap aku pasang gt wing lagi huhuhu xD

    • si bodo tak pernah guna tapi mengutuk on 08/10/2012 at 5:00 PM
    • Reply

    kalau takde tu tak payah mengutuk. tak mampu diam je. aku pakai kpop car tu syok jek. wahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.