Untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggan, UMW Toyota Motor telah menaiktaraf kelengkapan Toyota Vios. Sedan segmen B itu kini lengkap dengan Advanced Panoramic View Monitor atau kamera sekeliling 360 darjah yang berfungsi melalui empat unit kamera.
Selain daripada itu, cermin sisi pula dibuka dan dilipat secara automatik sewaktu enjin kereta dihidupkan dan dimatikan. Untuk kemudahan mengecas gajet, slot USB pula dipasangkan pada konsol tengah supaya lebih senang dicapai oleh pemandu dan penumpang sisi.
Untuk menjadikannya lebih menarik, UMW Toyota Motor menawarkan rebat tunai dan aksesori dengan nilai sehinggai RM4,000 (bergantung kepada varian).
Toyota Vios dipasarkan pada harga dari RM76,500 hingga RM96,400. Terdapata enam pilihan warna iaitu White Pearl CS (khas untuk Vios TRD Sportivo sahaja), Super White II, Attitude Black, Medium Silver Metallic, Silver Metallic, dan Crimson Spark Red Metallic.
Toyota Vios dibekalkan waranti selama lima tahun tanpa had perjalanan dan ia adalah sebahagian daripada program Care That Amazes bagi menjamin ketenangan minda pelanggan.