Apabila pertama kali baca mengenai Toyota akan meng’mpv’kan Prius, saya akui agak teruja, perubahan sikap ini ialah kerana ialah MPV dicampur Prius persamaannya ialah MPV hibrid. Dan pada Isnin Toyota memperkenalkan Prius v dengan huruf v merujuk kepada Versatility.
Prius v bukanlah MPV tujuh tempat duduk tetapi sebuah station wagon bersaiz sederhana atau gambaran yang lebih jelas ialah wagon lima penumpang dengan bonet besar. Jika anda pernah duduk di kerusi pemandu Prius, posisi duduk dan sterengnya seperti MPV dan versi v ini saya agak apa yang orang putih kata, nails it. Memang kena.
Dari segi rekabentuk pula, apa yang anda boleh jangka daripada Toyota moden? Usaha pereka untuk Prius v nampak berseni memang kelihatan tetapi masih lagi tidak memadai, menilai dari gambar yang diberi kadarannya [proportion] seperti tidak kena, bahagian belakang yang membujur seperti tidak harmoni dengan bahagian depan. Bahu sisi dan fasia hadapan pula seperti Perodua Alza dan tidak hairan jika Perodua mengambil v sebagai penanda aras untuk wajah baru Alza.
Toyota Prius v berkongsi platform dan enjin hibrid Prius biasa dan model ini disasarkan untuk keluarga dengan gaya hidup aktif. Interiornya luas manakala luarannya kompak [falsafah Perodua Bezza] dengan ruang kargo 50 peratus lebih luas daripada Prius. Walaupun saya agak keras mengenai rekabentuk luaran tetapi di atas kertas model ini mempunyai aerodinamik yang bagus iaitu 0.29 koefisien seretan [CD] dan perekanya membina model ini daripada asas, maknanya bukanlah Prius yang dipanjangkan.
Selain dari itu Prius v menggunakan teknologi bumbung matahari [sunroof] baharu yang dibangunkan oleh Toyota dengan bahan resin yang mana berjaya mengurangkan berat sebanyak 18kg berbanding bahan kaca yang bersaiz sama.
Kesimpulannya ini lah Toyota masa hadapan dan peminat Toyota akan tetap setia dengan Toyota dan mungkin berjaya menambat hati peminat jenama lain. Toyota, Daihatsu dan Perodua bukan menjual rekabentuk tetapi idea, inovasi dan ketenangan minda.
Teks: Newspress
Gambar: Toyota
-Mak Uia-
11 comments
Skip to comment form
Mcm MPV tp bkn MPV…harga same cam Pruis gak kot
mcm wish
depan prius ni lebih nampak macam exora berbanding alza…cube tgk betol2
ok. gua tak nampak macam veyron. sekian.
bila agaknye msk pasaran malaya?
celah mane veyron lu matpon…da kne campak dalam tasik kan veyron lu..
abang caldina
i like…….
semart
ade gaya2 perodua bezza kt ‘bumper facade’ die, cume headlight je lain!! biase aa.. gua xterkzut pn klu hampir2 nk sma..hihihi
bkn meniru, agaknya mgmbil inpirsi kot? ape kata lu matpon??(gua dgar2 lu dh jdi matspy toyota..hahahha)
cun woooo….henshin…