Toyota menyambut satu lagi batuan untuk Prius dengan jualan global sudah melebihi dua juta unit semenjak model ini dilancarkan pada 1997. Merentasi tiga generasi, dianggarkan 2,012,000 unit terjual di lebih 70 negara dan wilayah sehingga September tahun ini.
Berdasarkan jumlah tersebut, Toyota punya kiraan ialah sebanyak 11 juta tan emisi Co2 dijimatkan berbanding kereta enjin petrol dengan saiz dan kuasa sama hasil dari pembangunan berterusan teknologi hibrid mereka. Prius terbaru hanya melepaskan 89g/km Co2, dan misi Toyota ialah menjual sekurang-kurangnya sejuta unit kereta hibrid paling awal pada tahun ini.
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
8 comments
Skip to comment form
Kalau loan keta sama mcm loan rumah gerenti ramai yang amik
hahhahhaha….
tau takpe…
artis gila nak pakai kete ni sbb katenye nak jaga alam sekitar
ini kereta bleh thn berdesupnya…….sumpah…!
Tetiba terase nak pki Hybrid plak
emas kua lagi 2-3 tahun je kn?huhu
Civic pon ade hybrid ape…
salam…nk bagi sedikit pandangan ni..aku pakai civic fd2…aku try kete prius mbr aku mmg best giler..speed ok dan lebih comfort drpd civic fd2 aku…mnyk pun the best la…aku rasa x rugi la klw ramai yang suka kete ni..