Toyota Prius c: Pelengkap Famili Prius

Di dalam persaingan jualan kenderaan hibrid tempatan, Toyota Prius kalah kepada Honda Insight. Salah satu sebabnya ialah harga Insight yang jauh lebih murah berbanding Prius. Walaupun teknologi kedua-dua model tersebut sama tetapi tidak serupa dengan sistem Prius yang lebih kompleks dan canggih namun ianya masih tidak cukup untuk menjustifikasikan kenapa orang ramai perlu membeli Prius. Insight dipasarkan pada harga sekitar RM97 ribu manakala Prius pula pada hampir RM140 ribu. Walau bagaimanapun senario itu dijangka bakal berubah dengan pengenalan hibrid terbaharu Toyota iaitu Prius c. Di laman web jual beli kenderaan sudah tersebar iklan model tersebut dan paling menarik harga yang diwar-warkan adalah di bawah RM105 ribu. Sekarang, siapa yang tidak teruja?

Huruf c pada model itu sebenarnya adalah singkatan kepada perkataan city. Prius c direka sebagai kereta yang mesra bandar dengan penggunaan minyak yang menjimatkan. Model itu adalah pelengkap kepada famili Prius yang terdiri daripada Prius Liftback, Prius v (MPV) dan Prius Plug-in Hybrid. Prius c disasarkan kepada pembeli muda yang mahukan sebuah kereta yang bergaya, jimat minyak dan mempunyai sistem multimedia yang canggih. Selain daripada itu, skala saiz Prius c yang kompak juga adalah faktor utama pembelian bagi mereka yang tidak mahukan ruang berlebihan. Prius c lebih kecil dan ringan berbanding Prius biasa iaitu 19.1 inci lebih pendek dan 246kg lebih ringan.

Mengitar semula sistem hibrid Toyota atau lebih popular dikenali dengan nama Hybrid Synergy Drive pada platform Prius c yang lebih kecil bukan suatu kerja yang mudah. Untuk itu setiap komponen utama telah direka semula supaya lebih ringan, kecil dan menjimatkan. Pakejing komponennya juga perlu dibuat dengan bijak agar keselesaan penumpang tidak terganggu dek sistem hibrid yang menuntut banyak ruang. Komponen seperti enjin, transaxle dan unit kawalan kuasa dipasangkan secara optimum pada kenderaan bagi mendapatkan pengagihan berat yang bersesuaian serta titik tengah graviti yang rendah. Bateri hibrid dan tangki minyak pula dipasang di bawah kerusi belakang yang secara langsungnya dapat membantu pengendalian kereta menjadi lebih baik.

Sistem Hybrid Synergy Drive mengintegrasikan operasi beberapa komponen seperti enjin petrol, motor elektrik dengan Continuosly Variable Transaxle, bateri nickel-metal hydride, unit kawalan kuasa (inverter), pengubah DC-DC, step-up converter dan komputer kawalan hibrid. Komputer kawalan hibrid tersebut berfungsi sebagai pusat kawalan utama dalam memastikan enjin petrol dan kuasa elektrik bergerak lancar dalam pelbagai corak pemanduan dan mode yang dipilih pemandu. Enjin Prius c bersesaran 1.5 liter menggunakan kitaran Atkinson bagi meningkatkan kecekapan. Enjin itu berkuasa 73 kuasa kuda dan gabungan kuasa elektrik menjadikan kuasa totalnya sebanyak 99 kuasa kuda.

Prius c menawarkan seleksi pemanduan dengan tiga mode iaitu Normal, Eco dan EV. Mode Eco mengurangkan penggunaan tenaga dengan mengawal suhu dan kuasa enjin bagi mendapatkan kecekapan tenaga. Mode EV pula menggunakan kuasa elektrik tunggal untuk jarak singkat dengan kelajuan rendah.

Struktur badan Prius c menggunakan bahan ringan seperti besi tegangan tinggi bagi mengurangkan berat dan penggunaan minyak. Aplikasi besi tegangan tinggi secara strategik pula membolehkan badan kereta menyerap hentakan dan menyebarkan tenaga impak seterusnya menjadikan penumpang lebih selamat. Ketegaran badan kereta juga turut menjadikan pemanduan dan pengendalian lebih mantap. Luaran Prius c pula menampilkan imej yang menyeronokkan dan muda bagi menarik perhatian sasaran pelanggan. Selain daripada itu, ciri-ciri aerodinamik pada Prius menyumbang kepada pekali seret yang rendah iaitu 0.28.

Jika benarlah Prius c ini dibawa masuk ke pasaran tempatan, maka UMW Toyota harus dipuji kerana kereta itu baru sahaja dilancarkan di beberapa pasaran dunia pada penghujung tahun lepas dan awal tahun ini. Pelanggan tempatan pula harus rasa seronok kerana jarang benar kereta berteknologi tinggi dan baru dilancarkan dibawa masuk ke sini. Pujian juga harus diberi kerana melambakkan lagi kereta hibrid di dalam pasaran tempatan dan harapnya pengeluar-pengeluar kereta hibrid dapat meningkatkan lagi industri automotif Malaysia selepas mereka lari atau membawa diri ke negara Asean lain. Semoga kita menjadi pasaran utama kenderaan mesra alam.

-Md Uia-

Silakan kongsi:

9 comments

Skip to comment form

  1. 1st…masih dikategori mahal bagi diriku yg berpendapatan sebegini

    • Alteja on 31/01/2012 at 1:59 PM
    • Reply

    Aku antara peminat Toyota & memiliki salah satu dr “Avanza, Vios, Innova dan Rush”…. Bagi aku, setiap kereta ada kekuatan & kelemahan tersendiri… Ikut kata Goku, aku dah “bazirkan” duit aku utk beli salah satu kereta tu.
    Kenapa?
    Avanza, Vios, Innova & Rush tu, duduk dlm segmen memasing yg mana bagi aku sesuai dgn pasaran sini walaupun harganya hampir 2 kali ganda berbanding harga di Indonesia… Anak aku nak masuk 5 dah, takkan nak angkut Orius C jugakkan sbg kereta Utama. Kereta pegi keja bolehla…

  2. apsal semua main bateri operated ni.. tak resing laa camni.. cuba buat hybrid laju mcm type r..kompom gua ada cita2 nak beli

  3. Sepat
    Gua tau la kete lu sumer stok resing & laju2 belake…kekekeh

    • wirawan on 31/01/2012 at 8:12 PM
    • Reply

    lepas ni akan ada honda jazz hybrid n civic hybrid pulak.. nampaknye malaysia makin meriah dgn kereta hybrid.

    • yuri on 31/01/2012 at 9:05 PM
    • Reply

    saye mampu proton je…

    • perdanaburuk on 31/01/2012 at 9:38 PM
    • Reply

    Allooo… ada sape2 kat sini yg boleh menghybrid perdanaburuk gua tak! Nak masuk ebo pun nnt minyak x leh nak jimat mana. Kos bikin pun makin meningkat akhir2 ni. Klu layan hybrid rasanya berbaloi kot…..

    • smut_liar on 01/02/2012 at 11:44 PM
    • Reply

    nampak gaya kena pasang cite-cite gak ni….
    mungkin 1 day will come….

    • sabariah on 04/08/2018 at 12:08 PM
    • Reply

    Adakah sesuai utk pemanduan menaiki bukit tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.