Sesuai dengan mood harga minyak naik dan penjimatan minyak sekarang ini dan secara kebetulan pula Toyota mengumumkan penjualan Prius mereka sebanyak 200 ribu unit sejak dilancarkan 10 tahun lepas.
Prius pertama kali diperkenalkan di pasaran Eropah pada tahun 2000 [1997 di Jepun] dan sehingga tahun 2008 sebanyak 100 ribu unit terjual. Dan menakjubkan dalam masa lebih 2 tahun berikutnya penjualan berganda kepada 200 ribu unit. Jualan global Prius dijangka mencapai 2 juta unit penghujung tahun ini.
Model terbaru Prius juga menampilkan perubahan signifikan berbanding model terdahulu. Model baru lebih 23 peratus jimat minyak, emisi Co2 turun hampir 26 peratus dan kuasa pula meningkat kira-kira 30 peratus dan ini adalah selari dengan falsafah kaizen, atau penambahbaikan berterusan yang diamalkan Toyota.
UK adalah antara pasaran terbesar Prius, dengan 1/5 dari setiap unit terjual di Eropah. Setakat ini sudah 6,579 unit terjual iaitu jumlah yang hampir sama dengan jualan seluruh tahun 2009 dan ini dicapai dalam masa 6 bulan sahaja.
Iya, apa sahaja Toyota adalah popular, dan seperti di dalam negara walaupun harga Prius tinggi tetapi tetap mempunyai senarai menunggu yang lama.
Sumber & Foto: Newspress
-Mak Uia-
7 comments
Skip to comment form
kat tanah melayu nie jarang lak ade kete nie….
aku penah nengok skali kat taman aku….
senyap gile kete nie….takde bunyi langsung…
Gua penah jumpe kete ni sekali jer…Honda pun sekali…mmg langsung takde bunyik…senyap jer…tp tu la pasal rege kat Mesia ni mahei nak mampus…nak save budget untuk minyak tapi kena kuar modal bnyk giler…perghh…kalo gua jutawan MLM dah beli dah sebijik…
gua minat gak keta moden ni.. tp mcm kwn2 lain gak la.. pendapatn pekapita lum lyk lg.
Ntah2 dia guna vibrate mode ke. Diaorang mtg la tu. X pun dalam kelas study.
proton emas oh proton emas…prius tak mampu…huhuhu…
kale rega dia sama vios, gua beli sejibik…..
gua dengar honda ada jugak hybrid nih…selain dari civic fd