Toyota Prius: 10 Tahun Dalam Pasaran

Toyota Prius.01

Walaupun kami di GT tidak berapa gemar dan berat sebelah apabila menulis pasal Toyota tetapi hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah pembuat kereta ini satu-satunya wakil dari Asia yang boleh mengalahkan pembuat barat. Seperti juga kereta buatan China, walaupun kualitinya tidak sempurna tetapi China tidak bersekutu rapat dengan Amerika dan mempunyai hubungan mesra dengan negara ‘kiri’ lain seperti Iran, Korea Utara dan Venezuela. Negara-negara ini semakin menyaingi kuasa Amerika dan mampu untuk bertindak di luar telunjuk. Kontradiksi ini diperlukan sebagai input untuk kita menilai sesuatu perkara yang berlaku dalam dunia masa kini.

Toyota Prius.03

Oleh kerana pasaran yang tidak mengenal sempadan, Toyota semakin membesar dan maju dalam bidang automotif dan kini melebarkan penguasaannya dalam bidang hibrid. Sepuluh tahun lepas sewaktu Prius diperkenalkan model ini mungkin menjadi bahan gelak ketawa kerana desainnya yang janggal. Tetapi kini teknologi mereka semakin hebat dan akan memperkenalkan Prius PHV [Plug-in Hybrid] dalam masa dua tahun akan datang. Prius PHV sedang menjalani program percubaan di seluruh dunia sebelum dijual kepada pengguna.

Toyota Prius.04

Toyota adalah ikon kepada Jepun serta rakyatnya dan perancangan masa depan syarikat ialah memperkenalkan versi hibrid untuk setiap model Eropah pada awal tahun 2020 dan dalam masa terdekat pula berazam untuk menjual sejuta unit kenderaan hibrid. Untuk pasaran ASEAN, Toyota akan memasang Prius di Thailand sedikit masa lagi dan dengan insentif cukai dari kerajaan saya yakin model ini akan membanjiri jalan-jalan kita.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

  1. xsuke toyota…tpi gua vote hybrid…good2…

    • belalang_kontot on 23/10/2010 at 11:26 AM
    • Reply

    diorang skrg lebih tumpu kenderaan mesra alam bebanding performance…

    • v00nz on 23/10/2010 at 9:33 PM
    • Reply

    hibrid tu hibrid juger…mahal x ingat rakyat!!kalu wat pakai enjin diesel hibrid kan best!!jimat minyak?mesra alam?? ader ker?..

    • pak arq on 24/10/2010 at 9:49 AM
    • Reply

    toyota la best………….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.