Toyota FT-CH: Hybrid ni Jo!

59466toy-

Kalau sekutu semua perasan sejak kebelakangan ini ada bahan di GT sama dengan blog pesaing, bukan apa saya pun baru perasan sebenarnya rupa-rupanya dalam menulis blog ada juga beresing samada secara sedar atau tidak. Kadang-kadang saya tersenyum juga bilamana ada entri yang lebih awal diterbitkan di blog ini dibandingkan dengan blog pesaing. Maklumlah sumber GT terhad, pengalaman pun sikit. Apapun sekali lagi entri kali ini diterbitkan lebih awal berbanding pesaing GT.

Entri saya hari ini adalah tentang Toyota FT-CH, kereta kompak konsep hybrid dari Toyota.

59466-d-toy-

Saya pun tak berapa pasti kenapa kereta sekarang ni jenis nak pakai gabungan huruf saja, contohnya macam Lexus LFA, Nissan GTR, Honda CR-Z dan sekarang ini Toyota FT-CH pula, adakah ianya lebih catchy? Lebih senang disebut? Lebih moden? Atau senang makwe-makwe nak sebut? Entahlah, kalau tanya idola Matpon iaitu Profesor Serba Tahu dalam majalah Gila-Gila tu barangkali dia ada jawapan yang boleh buat kita rasa nak hantar Matpon pergi berlatih dekat kem PLKN saja rasanya. Apapun secara sahihnya yang saya dapati di dalam siaran media Toyota, CH itu bermaksud compact hybrid, FT tu dia tak terangkan pula apa maksudnya.

59466-c-toy-

Kereta ini memang kompak pun sebab saiznya adalah lebih kurang dengan Yaris saja dan 22 inci pendek daripada Prius. FT-CH direkabentuk di Toyota European Design and Development [ED2] Centre di Nice, Perancis. Untuk pengetahuan anda di studio ini jugalah FT-86 direkabentuk, agaknya FT tu bermaksud France Toyota, entah betul entah tak, ha ha ha. Seperkara lagi yang menarik untuk saya kongsi dengan anda adalah menurut perekanya FT-CH ini dibina berdasarkan konsep 8-bit zaman 80 an. Kalau saya cakap 8-bit mungkin ada tidak berapa faham tapi kalau saya cakap permainan video zaman dulu macam Sega, Super Mario atau Pac-Man tu mesti anda boleh ingat punya, jadinya diaorang menggunakan 8-bit tu sebagai inspirasi dan agaknya sebab itulah ada kotak-kotak kecil pada bahagian bumper depan dan belakang kereta ini.

59466-b-toy-

Selain dari itu 8-bit juga memberi makna keseronokan dan inovatif, berwarna-warni dan bergaya dan dengan penampilan yang kuat untuk pembeli muda-mudi. FT-CH ini lebih ringan dan menjimatkan dari Prius dan lebih sedap lagi, ianya lebih murah berbanding Prius. Saya tak pasti bila kereta ini akan dipasarkan, mungkin juga tahun depan ataupun bila-bila masa dari sekarang. Toyota bercita-cita tinggi untuk produk hybridnya di mana mereka merancang untuk menjual 1 juta unit hybrid di pasaran global dan majoritinya disasarkan di Amerika Utara.

httpv://www.youtube.com/watch?v=QYe67uEXDiw

Secara jujurnya saya memang minat dengan kereta hybrid cuma sekarang ini model di pasaran harganya mahal dan desain tak berapa nak into sangat.

Sumber: Newspress/Toyota.

ps: Video di atas ada elemen 8-bit, agaknya pereka masa hadapan akan mengambil inspirasi dari PS3 pula. Huh! Memang terbanglah kereta masa depan. Ha! Ha! Ha!

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

13 comments

Skip to comment form

    • Sekeru Longgaq on 13/01/2010 at 8:34 AM
    • Reply

    Superb…..

    • carragher27 on 13/01/2010 at 8:36 AM
    • Reply

    dabel superb..

  1. FT tu Farking Terrible kot Mak Uia

    • strokeboi on 13/01/2010 at 9:22 AM
    • Reply

    dari tepi best, dpn / blkang out…..
    over design

    • Joule on 13/01/2010 at 12:33 PM
    • Reply

    perasan kat konsol meter ada macam gambar kapal terbang..
    kete nih hybrid ngn airbus jgk ke apa..?

    • lancer ck on 13/01/2010 at 1:44 PM
    • Reply

    emmm agak kterlaluan design ni pda waktu n zaman skang..

    • Rim sukan sudu on 13/01/2010 at 2:06 PM
    • Reply

    Kereta konsep memang overdesign.

    • smut_liar on 13/01/2010 at 2:51 PM
    • Reply

    hebat….
    mmg hebat…..
    itulah kereta…

    • wira1.6 on 13/01/2010 at 4:38 PM
    • Reply

    best gak buat g keje pakai kete cam nih

    • kete_hitam on 13/01/2010 at 7:15 PM
    • Reply

    kalu kete hibrid nih rege dia 80k jer… leh la gua beli…
    ni x, rege mahal x hngat…..

    • Han on 14/01/2010 at 9:56 AM
    • Reply

    hahahaha, baik beli kancil~

    • azwan nbs on 14/01/2010 at 8:51 PM
    • Reply

    nape kalo kete hybrid punye desing tak senonoh…????

    • gt -apex on 15/01/2010 at 11:34 PM
    • Reply

    g .suruh mat pon test dulu..keta ni
    kalau dia cakap ok ,ok latu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.