Toyota C-HR Bakal Dipamer Secara Rasmi Bermula Ogos ini

Toyota C-HR Malaysia

UMW Toyota Motor sudah pun mula membuka pendaftaran kepada mereka yang berminat dengan Toyota C-HR beberapa hari lepas di laman web Toyota. Ini pula makluman dari UMW Toyota Motor bahawa mereka akan mula mempamerkan secara rasmi SUV kompak terhangat itu di beberapa lokasi terpilih.

Toyota C-HR pertama kali dipertontonkan semasa MAA – Carlist.my Test Drive & Buy pada Mei lepas di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor Mei lalu.

Toyota C-HR Malaysia

Toyota C-HR versi tempatan dikuasakan enjin 1.8 liter Dual VVT-i dan dipadankan transmisi CVT dengan pedal sequential. Ia dilengkapi Rear Cross Traffic Alert (RCTA), lampu utama follow-me-home dan interior kemasan mewah.

Berikut ialah senarai pra-tonton Toyota C-HR:

Ogos

  • 12 – 13 Ogos, Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang
  • 16 hingga 22 Ogos, Toyota Subang Jaya
  • 23 hingga 27 Ogos, Pusat Membeli-belah Mid Valley

September

  • 4 hingga 10 September – Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid
  • Beberapa lokasi terpilih yang bakal diumumkan kemudian
Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.