Di antara Toyota Vios dan Yaris ternyata Vios lebih laris. Puncanya adalah mudah, Vios jauh lebih besar serta lebih mampu milik berbanding Yaris yang diletakkan pada laras harga premium. RM90 ribu untuk sebuah kereta kompak adalah mahal untuk golongan kebanyakan tambahan pula pelbagai opsyen model lain yang boleh dimiliki. Tetapi tidak untuk negara jiran yang …
Category: Reviu
Jul 25
Lexus LFA: Terbaik daripada Toyota
Asia tenggara adalah tanah jajahan Toyota. Di negara kita walaupun Perodua dan Proton adalah peneraju utama namun jika dikira pengaruh Toyota di dalam Perodua dan digabungkan dengan jualan Toyota itu sendiri maka boleh dibuat kesimpulan mudah bahawa gergasi dari Jepun itu sebenarnya adalah penakluk pasaran tempatan. Di sekeliling kita pula penuh dengan kenderaan jenama Toyota, …
Jul 19
Nissan GT-R: Pencabar Kereta Berprestasi Barat
Selepas lebih dua bulan pelbagai jenis kereta sudah dipaparkan di dalam kolum ini [Garaj Kosmo]. Ada kereta kompak, hibrid, SUV dan paling menarik model yang mungkin dipasarkan di dalam negara seperti Honda Civic, Kia Picanto dan sebagainya. Walau bagaimanapun kereta berprestasi tinggi masih belum saya tulis, bukan apa, kereta sebegini hanya segelintir sahaja yang mampu …
Jun 30
CR-Z: Kereta Sport Honda Masa Depan
Generasi yang bersekolah sezaman dengan saya iaitu sekitar 90an berkemungkinan dipenuhi dengan kempen Wawasan 2020, antara subjek tema lukisan yang pernah disuruh lukis oleh cikgu ialah suasana kemajuan negara pada tahun 2020. Seingat saya ada rakan-rakan yang melakar bangunan pencakar langit dan pelbagai objek infrastruktur lain yang kreatif dan objek wajib ialah kereta yang boleh …
Jun 15
Toyota Prius v. V Untuk Versatiliti
Wagon seperti Toyota Wish, Perodua Alza dan Nissan Grand Livina memang popular di dalam pasaran domestik. Walaupun kenderaan jenis itu lebih glamor dikenali sebagai multipurpose vehicle [MPV] hakikatnya ianya tetap wagon iaitu kereta yang bumbungnya dilabuhkan sehingga ke belakang. Terus terang cakap ianya lebih ideal untuk keluarga kecil kerana format kerusinya adalah 5+2 dan bukan …
Jun 09
Honda Civic Baru, Sama Tapi Berbeza!
Mobil Sejuta Umat – Itu adalah ayat yang saya gunakan di dalam sebuah artikel mengenai industri automotif Indonesia. Ayat itu merujuk kepada kereta yang popular di dalam sesebuah negara, sebagai contoh Perodua Myvi adalah mobil sejuta umat rakyat Malaysia manakala Toyota Avanza pula adalah mobil sejuta umat rakyat Indonesia. Honda Civic pula adalah mobil sejuta …
Jun 01
Hyundai Elantra 2011 – Bakal Pencabar Kereta Jepun?
Mengambil bahasa komuniti sekarang ini “Cer teka, cer teka mana lagi laku, Camry, Teana, Accord atau Sonata?” Honda Accord sudah lama menjadi saingan Toyota Camry dan baru-baru ini Nissan Teana menyertai pertarungan merebut pelanggan tempatan. Hakikatnya ketiga-tiga model itu dari negara sama iaitu Jepun yang bermakna pada penghujung hari, negara itu jugalah yang akan untung …