Nissan adalah pengeluar kereta yang skema. Sejarah produknya bosan dan tidak menyeronokkan. Masakan tidak, kebanyakan kereta yang dipasarkan tiada apa yang boleh dikongsi atau diceritakan kelebihannya, sekadar cemerlang menjalankan tugas sebagai sebuah kereta. Paling melucukan, tagline Grand Livina iaitu “Drives like a sedan, fits like an MPV”. Saya tidak faham apa yang cuba disampaikan kerana …
Category: Reviu
Feb 08
Honda Accord Coupe Concept: Bayangan Honda Accord Generasi Baharu!
Sewaktu gambar Honda Civic generasi kesembilan mula tersebar tahun lepas, ramai yang kecewa dengan rekabentuknya. Antara kesepakatan komen-komen di dalam blog automotif ialah pereka Civic sudah kekeringan idea dengan mengitar semula rekaan Honda City. Ramai yang bersetuju bahawa Civic generasi kelapan lebih menarik dengan rekabentuk yang lebih revolusi. Hakikatnya Civic generasi kesembilan adalah evolusi model …
Jan 31
Toyota Prius c: Pelengkap Famili Prius
Di dalam persaingan jualan kenderaan hibrid tempatan, Toyota Prius kalah kepada Honda Insight. Salah satu sebabnya ialah harga Insight yang jauh lebih murah berbanding Prius. Walaupun teknologi kedua-dua model tersebut sama tetapi tidak serupa dengan sistem Prius yang lebih kompleks dan canggih namun ianya masih tidak cukup untuk menjustifikasikan kenapa orang ramai perlu membeli Prius. …
Jan 25
BMW 3 Series: Adunan Klasik dan Moden
BMW adalah jenama premium yang terkenal. Walaupun memandu model tahun 60an sekalipun anda tetap kelihatan hebat. Hairannya di dalam pasaran lokal, susut nilai jenama BMW adalah tinggi tetapi faktor itu masih gagal untuk menghalang popularitinya dan tidak kurang ramai juga yang terpesona dengan harga murah model terpakai jenama Bavarian Motor Works dari Jerman itu. Tetapi …
Jan 16
Audi A1 Quattro: Badan Macam Semut Enjin Macam Gajah!
Sifir nisbah kuasa kepada berat (power to weight ratio) tidak pernah salah dalam menghasilkan kereta berkuasa tinggi dan terkini segmen kereta kompak bakal bergegar dengan lahirnya edisi terhad Audi A1. Kereta itu didakwa oleh pengeluarnya sebagai kereta paling berkuasa dan pantas di dalam kelasnya yang pernah dibina. Audi A1 dilengkapi dengan sistem pacuan kesemua roda …
Jan 08
Nissan PIVO 3: Mobiliti Mesra Alam Urban
Dunia automotif masa hadapan sudah boleh dilihat jejaknya pada masa sekarang. Dijangkakan bahawa kenderaan hijau atau mesra alam akan mengambil alih kenderaan konvensional yang menggunakan kuasa enjin tunggal. Kenderaan hibrid, elektrik dan mungkin juga hidrogen akan menjalar di atas jalan raya dan harapnya teknologi tersebut terus maju seterusnya menjadi matang di mana faedahnya dapat dimiliki …
Jan 02
Suzuki Swift Sport 2012
Varian berprestasi Suzuki Swift sama ada model lama seperti Cultus GTi atau model baharu seperti Swift Sport tidak pernah gagal untuk menarik perhatian saya. Masih segar dalam fikiran beberapa tahun lepas pengalaman menyaksikan kelajuan Cultus GTi yang ibarat lipas kudung, paling menarik enjin model itu hanyalah bersesaran 1.3 liter. Selepas itu kemasyhuran Cultus GTi terganggu …
Dec 14
Volkswagen GT up!
Boleh dikatakan setiap pengeluar kenderaan massa mempunyai kereta rakyat. Jenis kereta yang murah, praktikal dan tahan lasak. Contoh model tersebut ialah Proton Saga, Perodua Kancil, Honda Civic, Toyota Corolla, Volkswagen Beetle dan MINI. Namun, seiring dengan penjenamaan dan reputasi yang diraih, model-model itu (kecuali Saga) menjadi tidak masuk akal dari segi teknologi dan paling penting, …