Category: Penulis GT

Proton Prevé: To Proof!

Proton Prevé kemungkinan besar dilancarkan pada 16 April 2012. Prevé adalah modifikasi nama daripada perkataan asal preve yang bermaksud bukti atau untuk membuktikan. Prevé adalah bukti Proton mampu menghasilkan sebuah kereta yang menepati ciri-ciri global seperti keselamatan, rekabentuk, teknologi, prestasi dan kualiti. Prevé dilengkapi dua varian enjin iaitu CamPro IAFM+ dan CFE. Enjin CamPro IAFM+ dipadankan dengan …

Continue reading

UNTUK DIJUAL: Evo Asli !!

Ok, gua baru kenal dengan seorang brader ni. Itu hari masa jumpa sebab nak bagi t-shirt GT, brader ni pun rupanya pakai kenderaan yang sama seperti gua, Alza S2000. Sekarang, brader ni minta tolong gua untuk war-warkan kepada Sekutu-Sekutu yang lain, kot-kot punya wang lebih untuk beli original punya Evo . Memandangkan gua tak berapa …

Continue reading

Subsidi Minyak Bulan Mac 2012

Basuh baju lipat kain, Dah lama gua tak online.   Jalan-jalan naik kuda pony, Gua dengar minyak Ron 97 naik rege hari ni,   Lepak Tanjung Lumpur naik sampan, Sekian. -Matpon-

APRC New Zealand 2012: Podium Untuk Proton

New Zealand, 1 April 2012 – PG Andersson, Pemandu rali Proton memenangi tempat kedua Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) di New Zealand manakala rakan sepasukannya, Alister McRae pula berada di tempat keempat. Tempat pertama dimenangi oleh Chris Atkinson yang memandu Skoda Fabia S2000 manakala rakan sepasukannya, Gaurav Gill di tempat ketiga. Chris adalah bekas pemandu …

Continue reading

Volvo V40: Designed Around You!

Baru-baru ini di Geneva, Volvo Car Corporation secara rasminya mendedahkan kepada umum model hac lima pintu terbaharunya, V40. Model itu diposisikan di dalam segmen premium dengan rekaan mewah dan karakter kereta besar tetapi di dalam saiz kompak. “Model V40 lima pintu dan lima tempat duduk adalah kesinambungan daripada model C30, ianya merupakan model pertama yang …

Continue reading

Edaran Tan Chong Motor Terima Pengiktirafan Sebagai “Juara Pengedar Nissan” Kali Ketiga Berturut -Turut

Kuala Lumpur (14 Mac 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah dianugerahkan “Juara Pengedar Nissan” oleh syarikat prinsipalnya, Nissan Motor Co., Ltd. (Jepun) untuk tahun ketiga berturut-turut. Sijil tersebut yang ditandatangani oleh En. Hiroto Saikawa, Naib Presiden Eksekutif Nissan Motor Co., Ltd. (Jepun) adalah pengiktirafan rasmi kepada ETCM atas pencapaian ‘kecemerlangan prestasi …

Continue reading

Gambar Risikan: Peugeot 408?

Hi geng, ni gambar apa ni der? Inikah Proton P3-21A atau adakah ini Veyron terbaru? Atau apa ni der? Mengikut info bos gua ni Peugeot 408. Sekian. Sampai jumpa lagi. Babai. -Matpon-

Honda Jazz Hybrid – RM94,800

Honda Malaysia Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan Honda Jazz Hybrid dan paling menarik dengan harga RM94,800, menjadikannya kereta hibrid paling murah di pasaran. Direka untuk pemanduan harian, Jazz Hybrid mempunyai kombinasi ciri-ciri keluasan, utiliti, penjimatan minyak, emisi karbon yang rendah, perincian, keselesaan dan keselamatan ke dalam satu pakej yang menarik. Bahagian bawah kereta direka khusus …

Continue reading