Category: Penulis GT

Lamborghini Aventador LP700-4 Roadster

Lamborghini adalah sebuah jenama kereta super dan merupakan pesaing utama Ferrari. Jika disoroti, sejarah jenama itu penuh dengan warna-warni. Pengasasnya iaitu Ferrucio Lamborghini adalah seorang hartawan yang terlibat di dalam bidang kejuruteraan dan paling terkenal sekali ialah pembuat traktor. Iya, memang benar, Lamborghini asalnya ialah pembuat traktor. Bisnesnya yang lain ialah membuat pemanas dan penyaman …

Continue reading

Gambar Risikan: Proton Preve Hatchback?

Seperti yang kita sedia maklum terdapat dua varian Proton Preve iaitu model sedan dan hatchback. Dikhabarkan Proton Preve Hatchback akan dipasarkan pada tahun hadapan. Gambar ini dirakamkan sekitar Kuala Lumpur oleh 5Dzal. @muhd_gt

BMW M6 Gran Coupé: Empat Pintu, Bumbung Low Rider!

Di dalam dunia rekabentuk kenderaan sekarang ini terdapat gayaan baharu yang dikenali sebagai coupé. Terma tersebut bukanlah baharu dan sebelum ini dirujuk kepada kereta dua pintu dengan bentuk sporty tetapi mempunyai bonet. Paling dekat dengan kita ialah Proton Putra, Hyundai Coupé atau pun Kia Forte Koup. Kereta berbentuk begitu banyak ditawarkan di Amerika Syarikat. Harus …

Continue reading

Untuk Dijual: Proton Satria 1.3 SE

Proton Satria SE 1.3 Manual untuk dijual! Kereta kat atas tu gua punya, dulu gua pakai untuk ulang alik kerja. Sekarang Satria SE ni langsung tak gerak sebab gua dah pandu kereta lain. Kadang-kadang Abah gua naik, kadang-kadang Adik gua naik. Daripada gua simpan saja-saja ada baik gua jual pada insan yang sudi mengambil alih …

Continue reading

Audi RS 6 Avant: Wagon 4.0 liter V8!

Mereka yang berada di Eropah mengambil serius mengenai kereta wagon. Pasaran di sana besar hinggakan wajib untuk kebanyakan pengeluar kenderaan mempunyai model wagon. Kebanyakan kereta jenis itu dibangunkan berasaskan model sedan tetapi dengan bumbung yang dipanjangkan menjadikan ruang bonet lebih besar. Baru-baru ini saya sempat memandu uji sebuah wagon buatan Sweden dan ya, wagon sememangnya …

Continue reading

Galeri: Proton Satria Neo R3 2012

Ramai yang tanya perbezaan Proton Satria Neo R3 yang baru dengan Proton Satria Neo R3 berwarna merah api (fire red). Untuk informasi anda semua, model merah api dilengkapkan dengan modifikasi mekanikal seperti set ekzos, ecu, penapis udara dan transmisi nisbah singkat (close ratio). Tema warna interior juga berbeza dan paling penting sekali edisi merah api …

Continue reading

Kia Forte 2013: Penerus Kecemerlangan Kia!

Hampir sedekad lepas, pengguna dalam negara ditawarkan opsyen kereta sedan yang menarik iaitu Kia Sephia dan model penggantinya iaitu Spectra. Kedua-dua model tersebut menerima sambutan hangat mungkin dek kerana rakyat mahukan sesuatu yang baharu berbanding pilihan kebanyakan iaitu Proton Waja atau Gen.2. Harganya pula tidaklah murah setara kereta nasional namun tetap berjaya menawan hati pengguna …

Continue reading

Proton Satria Neo R3 Dilancar

Proton secara rasminya telah melancarkan Proton Satria Neo R3 semalam. Model yang diasaskan daripada Satria Neo CPS, telah menerima penambahbaikan dengan beberapa aksesori R3 telah dipasang secara eksklusif , meliputi splitter, spoiler, dan tak lupa juga rim R3 yang memang kelihatan tersangatlah kacaknya bilamana dijodohkan dengan tayar 195/50 Continental. Manakala diruangan dalamannya pula telah dipasang tempat …

Continue reading