Category: Penulis GT

Porsche 911 50 Years Edition

Selama lima dekad model 911 merupakan jantung hati Porsche. Hanya beberapa kereta sahaja di dunia yang mempunyai tradisi dan kesinambungan seperti Porsche 911. Model tersebut telah menjadi inspirasi untuk ramai penggemar kereta sejak pertama kali diperkenalkan (901) di IAA International Automotive Show, Frankfurt pada September 1963. Hari ini, 911 adalah sebuah model yang menjadi penanda …

Continue reading

Pandu Uji Nissan Elgrand 3.5 V6: MPV Premium Untuk Kapten Industri

Di dalam negara, Nissan lebih dikenali sebagai pengeluar kereta keluarga. Produk yang dipasarkan lebih berorientasikan pelanggan kategori itu dan menjadi tradisi sejak berpuluh tahun dahulu. Ini boleh dibuktikan melalui produk seperti March, Sunny, Sentra, AD Resort dan paling malar segar ialah Vannette. Model-model tersebut kemudiannya digantikan dengan yang baharu seperti Almera, Sylphy dan Grand Livina. …

Continue reading

Kuasa Sebenar Nissan 4×4 Diuji!

Miri, 28 Mei 2013 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah menganjurkan Nissan Jurassix Park 2013, satu pengembaraan 4×4 mengujakan yang diadakan di Miri, Sarawak, pada 24 – 26 Mei 2013. Acara ini terbuka kepada semua pelanggan Nissan di Malaysia Timur, terutama mereka yang memiliki model 4×4 seperti Nissan Navara, Frontier dan X-Trail. Seramai 78 …

Continue reading

Kia Soul 2013: Jelmaan Track’ster Concept

Kadang-kadang kita ada terlepas pandang tentang sesuatu perkara. Mungkin sebab kita pandang remeh, tidak berfikir secara mendalam atau langsung tidak terlintas di dalam fikiran. Perkara ini terjadi kepada saya apabila mendapat berita atau membaca tentang Kia Soul. Nama model tersebut saya baca tanpa rasa apa-apa, berkali-kali dalam tempoh yang agak lama hinggalah saya tersedar yang …

Continue reading

PEDA Menggesa Kementerian Pengangkutan Menarik Balik Pengecualian Yang Diberikan Kepada Pengeluar Kereta

Kuala Lumpur, 23 Februari 2013. “Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA) mengalu-alukan usaha kerajaan yang diperuntukkan di bawah MIROS, jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan untuk meningkatkan tahap standard keselamatan kenderaan dan menggalakkan pasaran untuk kenderaan yang lebih selamat di Malaysia di bawah Program Penilaian Kenderaan Baru (New Car Assessment Program-NCAP)”, kata Armin Baniaz Pahamin Presiden, …

Continue reading

RV : Wujudkah Di Malaysia?

Caravan /campervan / motorhome / ataupun kita lebih terbiasa dengan panggilan RV (Recreational Vehicle) ini sememangnya sudah pun wujud di benua Eropah semenjak tahun 1810 lagi dengan menggunakan kenderaan berbentuk wagon. Selain digunakan untuk mengangkut barang dan orang, ianya juga turut dijadikan tempat tinggal pada zaman yang mana belum wujudpun lagi hotel mahupun rumah tumpangan. Namun industri …

Continue reading

Pandu Uji Nissan Almera Grade E Automatic

Saya pernah bertanya kepada bekas Pengarah Urusan sebuah syarikat automotif mengenai pengeluar manakah yang bakal menjadi ancaman kepada syarikatnya. Jawapannya di luar jangkaan apabila beliau tidak memetik jenama Korea Selatan seperti yang saya anggarkan. Jawapan yang diberikan ialah Nissan dengan alasan pengeluar tersebut boleh ‘mencampak’ harga kereta dengan murah. Benar kata beliau, selang beberapa bulan …

Continue reading

ETCM Lancar Stesen Pengecasan EV di BSC

Kuala Lumpur, 8 Mei 2013 – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan First Energy Networks Sdn Bhd (FEN) telah bekerjasama dengan Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk membina stesen pengecasan dengan peralatannya dibekalkan oleh pihak General Electric (GE). Usaha ini dibuat selepas pembinaan dua buah Stesen Pengecasan EV FEN yang pertama di Bukit Bintang, …

Continue reading