Category: Penulis GT

Honda Civic Baharu (Gen-10) Kini Sudah Berada Di Malaysia Sempena My Auto Fest 2016

Honda Civic Baharu (Gen-10) kini sudah berada di Malaysia. Buat peminar tegar dan mereka yang ingin melihat model lagenda itu secara dekat, kini anda boleh menyaksikan model itu di My Auto Fest 2016 yang berlangsung sehingga 22 Mei 2016 (Ahad) di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC). Previu model itu telah dilancarkan oleh Yang …

Continue reading

Nissan Navara Kini Boleh Dilengkapi Aksesori Ironman 4X4 Sejurus Keluar Bilik Pameran Nissan

Rustcare Sdn Bhd, anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) baru-baru ini telah dilantik sebagai pengedar eksklusif aksesori Ironman 4×4. Aksesori tersebut membolehkan pemilik meningkatkan aspek keselamatan, prestasi dan gaya kenderaan 4×4 mereka, terutama Nissan NP300 Navara serba baharu. Pada Karnival Nissan 4WD baru-baru ini, Rustcare Sdn Bhd memperkenalkan aksesori 4×4 di Malaysia. Ia …

Continue reading

VW Vento Baharu Dilancarkan! Dari RM79,888 – RM93,888

Volkswagen Malaysia telah memperkenalkan Volkswagen Vento baharu, sedan yang serba lengkap bagi menggantikan Polo Sedan. Vento bermaksud “angin” dalam bahasa Itali dan Portugis di mana ianya merupakan bukti sebenar nilai dan kejuruteraan Jerman yang bertaraf dunia. Vento dihasilkan untuk pemandu yang mahukan prestasi terbaik tanpa perlu mengorbankan aspek keselamatan. Vento yang dipasang tempatan ditawarkan dalam …

Continue reading

Kenderaan Perodua atau Nissan Anda Terperangkap Di dalam Banjir? Kedua-dua Syarikat Ini Menawarkan Bantuan Khas Untuk Anda

Kebelakangan ini, beberapa kawasan di Lembah Klang telah dilanda banjir kilat. Ratusan kenderaan terperangkap dan semestinya mengakibatkan kerugian kepada pemilik kenderaan. Susulan dari itu, Perodua dan Nissan telah mengambil beberapa insentif untuk membantu pemilik kenderaan yang terjejas. Butiran adalah seperti berikut. Perodua Tuntutan tundaan ke Pusat Servis Perodua terdekat dengan nilai maksimum RM100 Pemeriksaan kerosakan …

Continue reading

Anda Peminat Warna Merah? Kini Honda HR-V Ditawarkan Dengan Warna Kegemaran Anda

Selepas penawaran Honda Jazz dan City berwarna merah kini Honda Malaysia melancarkan warna Ruby Red Pearl untuk model HR-V. Malah tawaran Honda tidak terhenti di situ tetapi turut didatangkan dengan naik taraf lain yang menambah lagi seri SUV kompak tersebut. Di antara perubahannya ialah roda aloi bersaiz 17 inci dengan rekabentuk baharu untuk kesemua varian …

Continue reading

VIDEO: Proton Persona Baharu Dirakam di AKLEH

https://m.youtube.com/watch?v=ErB0HALPoU0&feature=player_embedded Proton Persona tanpa sebarang penyamaran di rakam di lebuh raya AKLEH. Kelmarin riuh di internet mengenai beberapa set foto Proton Persona yang dirakamkan di Kuala Lumpur. Video ini baru dimuatnaik sebentar tadi oleh blog automotif unggul, funtasticko.net Walaupun visual kurang jelas namun ianya memberi gambaran sisi model yang katanya bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Perodua Myvi 1.5 SE dan Myvi Advance Kini Pada Harga Lebih Rendah!

Kereta paling laris dan kegemaran rakyat Malaysia, Perodua Myvi kini ditawarkan pada harga lebih rendah. Perodua Myvi 1.5 SE dan Myvi Advance kini masing-masing RM3,650 dan RM3800 lebih rendah. Penurunan harga tersebut merupakan sebahagian daripada kempen Love the Nation dan ditawarkan sehingga 7 Julai 2016 sahaja. Menyegarkan semula produk, Myvi Advance kini mempunyai dwi tona …

Continue reading

Honda Civic Baharu (Gen-10) Kini Dibuka Untuk Tempahan – 1.5 VTEC Turbo!

Setelah dilancarkan di berapa pasaran dunia termasuk di negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia, Honda Civic baharu (Gen-10) akhirnya ditawarkan di Malaysia. Honda Malaysia telah membuka tempahan untuk model serba baharu yang akan dilancarkan pada sukuan kedua tahun ini. Model itu dikatakan bakal menjadi pengubah permainan dengan pelbagai ciri baharu untuk segmen C dan …

Continue reading