Category: Penulis GT

Honda City facelift kini dilancarkan – Harga bermula dari RM78.3K hingga RM92K

Perbezaan varian Honda City E, V dan S

Honda Malaysia telah melancarkan Honda City facelift (rupa baharu) yang dilengkapi pelbagai ciri ‘premium’ yang ada pada kereta segmen C tetapi pada harga kereta segmen B.

Volkswagen Tiguan baharu kini dibuka untuk tempahan – RM149K hingga RM169K

Volkswagen Tiguan 2017

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini sudah membuka tempahan untuk Volkswagen Tiguan serba baharu. Volkswagen Tiguan yang dipasang di Pekan, Pahang itu dijangka ditawarkan pada harga di antara RM149,000 dan RM169,000 dan ia bakal dilancarkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Harga minyak Mac 2017 – Petrol kekal, diesel naik 5 sen

Untuk bulan Mac 2017, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal tidak berubah manakala diesel naik 5 sen. Kenaikan bahan api diesel ini adalah kali yang ketiga berturut-turut selepas Januari dan Februari lalu.

Honda Wave Alpha MMC kini di pasaran – RM4.5K dan RM4.9K

Honda Wave Alpha MMC 2017

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan model terlaris Honda Wave Alpha MMC yang lebih bergaya, mesra alam serta cekap bahan api.

UMW Toyota rai Pengerusi dan Presiden baharu

UMW Toyota (UMWT) Motor Sdn. Bhd.

UMW Toyota (UMWT) Motor Sdn. Bhd. baru-baru ini mengadakan satu majlis bagi meraikan Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman dan En. Ravindran Kurusamy selaku Pengerusi dan Presiden baharu konglomerat itu.

Volkswagen buka outlet baharu di Sg Besi, KL – Tawar khidmat lengkap dari jualan hingga cat dan servis pendingin udara

Volkswagen Sg. Besi

Wearnes Automotive telah membuka Volkswagen Sg Besi, pusat sehenti yang baru diubahsuai dan serba lengkap bermula dari jualan kenderaan, khidmat selepas jualan, penyelenggaraan, alat ganti, badan dan cat, penjajaran, tayar serta servis pendingin hawa. Sebanyak RM6 juta telah dilaburkan pada lokasi baru ini.

Pelajar kolej menang Perodua Axia sempena karnival MYPerodua Nation

Pelajar kolej menang Perodua Axia sempena karnival MYPerodua Nation

Pemuda berusia 25 tahun, Ahmad Irfan Ismail nyata dimurahkan rezeki apabila beliau menerima sebuah Perodua Axia 1.0L Advance iaitu hadiah utama cabutan bertuah karnival MYPerodua Nation yang diadakan di Shah Alam pada 20 hingga 22 Januari 2017. Ahmad Irfan yang merupakan penuntut Management dan Science University (MSU) menerima hadiah itu daripada Dato’ Dr. Zahari Husin, …

Continue reading

Volkswagen buka Pusat 3S baharu di Tebrau, Johor

Volkswagen 3S Tebrau, Johor

Pemilik atau mereka yang berminat dengan kenderaan Volkswagen (VW) di kawasan Tebrau, Johor Bahru, Kota Tinggi, Pasir Gudang serta kawasan sekitar Iskandar kini boleh mengunjungi Pusat 3S VW terbaru di Tebrau, Johor.