Category: Penulis GT

Five Axis Project CT: Lexus CT 200h

Masalah dengan kereta hibrid ialah penampilan yang kurang menarik dan susah hendak mempengaruhi pembeli muda sedangkan mereka adalah demografi yang signifikan. Walau bagaimanapun di tangan penala kereta kita boleh lihat mereka menyalahi falsafah hibrid, penala-penala terkenal sudah pun memasang kit super caj atau turbo pada kereta hibrid. Ini adalah indikasi yang jelas bahawa kereta hibrid …

Continue reading

VW Race Touareg

Serentak dengan tontonan umum Touareg Gold Edition di Qatar seperti yang ditulis semalam, VW turut menampilkan sebuah lagi model sama tetapi dengan modifikasi berbeza iaitu Touareg 3. Model ini adalah versi jalanan Race Touareg 3 dengan kuasa pecutan dari 0 km/j hingga 100 km/j dalam masa kurang dari 6 saat. Badan SUV yang bersaiz 6 …

Continue reading

RS27: Enjin Formula Satu Renault

Renault kini terlibat secara tidak langsung dalam Formula Satu, pembuat kereta dari Perancis hanya membekalkan enjin kepada pasukan iaitu Lotus Renault GP, Red-Bull Racing Renault dan Team Lotus Renault dan ketiga-tiga pasukan baru sahaja melancarkan kereta mereka pada ujian pra musim di Sepanyol. Menariknya ketiga-tiga pasukan menggunakan enjin yang sama daripada Renault Sport F1, bahagian …

Continue reading

VW Touareg Gold Edition

VW Touareg Gold Edition benar-benar dicipta sebagai kereta mewah. Pemiliknya boleh pandu ke mana sahaja lokasi tetapi yang menjadi masalah ialah tempat parkir kerana sempena dengan namanya SUV ini dilengkapi emas 24 karat yang disadur pada suis-suis pada bahagian interior. Touareg Gold Edition ini diwarnakan Magic Morning dengan aksesori lain seperti rim custom bersaiz 22 …

Continue reading

Kenderaan Terbaik Euro NCAP 2010

Baru-baru ini Euro NCAP mengumumkan lima kereta terbaik tahun 2010. Tahun lepas Euro NCAP melakukan ujian pelanggaran untuk 29 buah kereta di mana 65% daripadanya mendapat capaian 5 bintang berbanding 90% pada tahun 2009. Pengurangan 25% ini menunjukkan kriteria untuk mencapai lima bintang pada tahun 2010 lebih sukar. Antara kereta dengan hasil ujian terendah ialah …

Continue reading

DIJUAL: Yamaha RXZ ’88

Lu orang tau sepupu sepapat GT DagangKar kan? Nampaknya tu dah jadi KPI gua. Setakat ni komisyen yang gua dapat dah boleh beli Pagani Zonda trade in dengan Veyron tapi loan tak lulus sebab gua tak bayar PTPTN. Ok gua tipu. Lu orang tau Boss? Lu orang tau RXZ? Lu orang tau Yamaha? Lu orang …

Continue reading

Nissan dan Mazda Berkongsi Produk

Nampaknya perkongsian produk automotif bukan sahaja berlaku antara pengeluar dua negara bahkan di dalam negara sendiri. Terbaharu, Nissan dan Mazda mengikat perjanjian di mana Mazda akan membekalkan Premacy kepada Nissan bermula Mei 2011. Mazda Premacy dijual di serata dunia dan lebih dikenali sebagai Mazda5, ianya adalah antara produk utama Mazda dengan jualan kumulatif daripada tahun …

Continue reading

Proton Satria Neo Cusco Diuji di Jepun

Staf Proton Motorsports, Suriya Sankaran dan Faidzil Alang kini berada di Tokyo, Jepun bagi menghadiri sesi ujian Proton Satria Neo Cusco dan sesi bersama media. Enjin Neo Cusco masih lagi standard kecuali kotak gear dog box dan suspensi Cusco. Kontra dengan pemahaman popular, kereta rali boleh dibelasah dengan kondisi standard, tanpa pacuan empat roda atau …

Continue reading