SHAH ALAM, 4 Ogos 2011 – Proton Holdings Berhad pada hari ini mengumumkan pelantikan John Doody Chacko sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan. Chacko yang mempunyai 25 tahun pengalaman di dalam pemasaran global akan bertanggungjawab terhadap penjenamaan, pemasaran dan sukan permotoran kumpulang dalam meningkatkan jenama Proton di dalam pasaran tempatan dan global. Chacko merupakan graduan Pengajian …
Category: Penulis GT
Aug 05
Honda Civic Euro Generasi Kesembilan
Generasi kesembilan Honda Civic Hatchback untuk pasaran Eropah akan dipamerkan kepada umum pada September depan. Civic Euro baru dikatakan mempunyai rekabentuk yang menarik dengan ruang untuk penumpang dan barangan yang terluas di dalam kelasnya disamping mengekalkan kos pemilikan yang rendah melalui kualiti yang sinonim dengan jenama Honda. Tahap kualiti dan keselesaan juga banyak dipertingkatkan daripada …
Aug 04
Mazda CX-5: SUV Kompak Serba Baru
Jenama Mazda kalau diikutkan tidaklah segah saudara-mara beliau dari Jepun, seperti Honda dan Toyota. Katalog produk mereka pun tidaklah sampai bermuka-muka surat. Tapi tahukah anda, bila mana situasi seperti ini terjadi maka secara tidak langsung para Jurutera Mazda mempunyai masa yang lebih untuk mereka bentuk dan menghasilkan kereta yang lebih berjiwa kereta. Contoh yang …
Aug 04
Perodua Myvi Merah Merangkak Manja
Tiga hari lepas masa tengah memandu balik dari kampung, ada sebuah Myvi merah seperti seekor penyu belimbing, merangkak-rangkak manja di lorong paling kanan di tengah lebuh raya. Selepas di hon tujuh, nam belas kali baru dia masuk ke lorong kiri itu pun bila nampak ada kedai baju buat jualan murah. Semalam masa aku keluar ke …
Aug 02
WRC Finland 2011: Sebastien Loeb Lagi!
Sebastien Loeb sekali lagi berjaya mengukir kejayaan buat dirinya dan pasukan dengan mengungguli Rali Finland yang telah berlangsung hujung minggu yang lalu. Ini kemenangan kali kedua sejak memenanginya pertama kali pada tahun 2008, di mana Rali Finland ini kebiasaannnya didominasi oleh pemandu tempatan. Tahun lalu Rali Finland ini dimenangi oleh Jari-Matti Latvala di mana beliau …
Aug 02
Toyota Yaris 2011: Lebih Garang, Lebih Segak
Di antara Toyota Vios dan Yaris ternyata Vios lebih laris. Puncanya adalah mudah, Vios jauh lebih besar serta lebih mampu milik berbanding Yaris yang diletakkan pada laras harga premium. RM90 ribu untuk sebuah kereta kompak adalah mahal untuk golongan kebanyakan tambahan pula pelbagai opsyen model lain yang boleh dimiliki. Tetapi tidak untuk negara jiran yang …
Aug 01
Selamat Berpuasa Sekutu!
Pagi ni saya yakin ramai Sekutu yang lemau. Sudahlah hari Isnin, puasa pula, iye tak? Tapi, puasa tu puasa juga, kerja mesti laju. Puasa jangan dijadikan alasan untuk kita tidak produktif. Seharusnya semangat puasa itu sendiri yang akan membuatkan kita bertambah rajin untuk berkerja. Pahalanya berganda-ganda. Bulan inilah untuk kita “top-up” kembali amalan kita yang mungkin agak …
Jul 30
PROTON MELANCARKAN SAMBUTAN “1 PERAYAAN PROTON” SEMPENA RAMADHAN, SYAWAL, HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA
SUBANG JAYA, 28 JULAI 2011 – PROTON hari ini melancarkan sambutan “1Perayaan PROTON” yang merupakan satu program khas untuk PROTON meraikan ketibaan Ramadhan dan Syawal 1432 Hijrah serta Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia bersama-sama seluruh rakyat Malaysia. Sambutan yang bermula dari 15 Julai sehingga 16 September 2011 ini menampilkan pelbagai aktiviti dan inisiatif menarik daripada …