Category: Muhammad

IRC Sepanyol 2011: Mata Pertama Untuk Proton

Giandomenic Basso berjaya mengutip mata pertama musim ini untuk Proton di Rally Islas Canarias El Corte Ingles di Sepanyol yang merupakan pusingan kedua Intercontinental Rally Challenge [IRC]. Pemandu dari Itali itu menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan dan memperolehi 2 mata dalam kategori pemandu dan 16 mata dalam kategori pengeluar. Proton adalah pengeluar Asia terbaik pada …

Continue reading

Edaran Tan Chong Motor Akan Terbangkan Pemilik Nissan Teana ke Paris, Perancis

Kuala Lumpur (1 April 2011) – Seorang ahli perniagaan, Encik San Mun Sow berasa sangat gembira apabila dihadiahkan dengan satu pakej penerbangan ke Paris, Perancis menaiki pesawat A380 Kelas Bisnes, selain penginapan tiga malam di sebuah hotel lima bintang untuk dua orang kerana memenangi cabutan bertuah peraduan “Menangi Percutian ke Paris dengan A380” anjuran Edaran …

Continue reading

Proton Penganjur Bersama Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke-20 – Sektor Teknologi Automobil Pra-Kelayakan

ALOR SETAR, 16 April 2011 – Lebih 150 belia yang mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan serta organisasi kerajaan dan swasta, hari ini menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke-20 – Sektor Teknologi Automobil (pra kelayakan) yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Sumber Manusia dan syarikat kereta nasional PROTON Holdings Berhad, yang juga merupakan penaja utama pertandingan tersebut. …

Continue reading

ETCM Anjurkan Kempen Servis Penyelenggaraan Untuk Model Nissan Grand livina, Latio dan Latio Sport

KUALA LUMPUR (15 April 2011) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah mengadakan satu kempen servis penyelenggaraan untuk 32,100 unit Nissan Grand Livina yang dihasilkan dari Disember 2007 hingga Jun 2010. Selain 9,300 unit Nissan Latio dan Latio Sport yang dihasilkan dari Mei 2007 hingga Jun 2010 di Malaysia. ETCM baru-baru ini, ada …

Continue reading

F1 China 2011: Lewis Hamilton Juara, Tetapi Podium Didominasi Red Bull

Dua perlumbaan berturut-turut, dari Sepang ke Shanghai penonton dijamu dengan perlumbaan yang mendebarkan, saingan sengit antara pasukan-pasukan F1 dalam merebut podium. Pelumba silih berganti mengemudi perlumbaan di mana strategi hentian pit memainkan peranan penting, ada yang melakukan dua, ada yang melakukan tiga hentian pit. Sayap belakang boleh laras, KERS dan tayar yang cepat haus adalah …

Continue reading

Proton R3 Satria Neo – GTi Masa Kini

Lebih kurang 12 tahun lalu Proton hadir dengan sebuah model yang sempurna. Satria GTi. Kereta ini hadir dengan pakej lengkap, beg udara pemandu, kit badan, kerusi Recaro, enjin 1.8 DOHC serta pemanduan dan pengendalian Lotus. Satria GTi adalah kereta yang malar segar [evergreen], secara visual dan emosi kereta ini akan membuatkan anda jatuh cinta berkali-kali. …

Continue reading

VW Caddy Racer – Siap Untuk Berlumba!

Sebelum ini saya pernah tulis mengenai VW Caddy Racer yang dipandu oleh pengurus bahagian kenderaan komersilnya sendiri iaitu Simon Elliott. Dan semalam Caddy baharu untuk musim 2011 diperkenalkan kepada umum. Sejak tahun 2004, Caddy Racer memang popular dan siap dengan pengikut setia sendiri. Untuk musim 2011, Caddy baharu ini telah ditambahbaik pada bahagian pengendalian, dinamik …

Continue reading

MG6: Model Pasca Pemilik Dari China

MG adalah jenama Britain yang sudah beralih milik kepada firma dari China. Beberapa tahun kebelakangan jenama ini agak terumbang-ambing dengan tiada ketentuan. Tahun-tahun yang mendatang nampaknya semakin pasti dengan pengenalan model-model baharu. MG6 adalah model serba baharu MG yang bakal diproduksikan di kilangnya di Birmingham selepas 16 tahun. Pengeluaran pertama adalah pada hari Rabu ini. …

Continue reading