KUALA LUMPUR (10 Ogos 2012) – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini mempamerkan model terbaharu dalam sedan segmen B, Nissan Almera dalam satu pratonton eksklusif kepada media di Pavilion Kuala Lumpur. Nissan Almera akan diperkenalkan pada suku keempat 2012. Ia merupakan model pemasangan komponen terurai (CKD) yang bakal dipasang di Malaysia, iaitu di kilang …
Category: Muhammad
Aug 09
Honda Accord dan Accord Coupe 2013
Honda pada kelmarin telah mendedahkan kepada umum model baharu, Accord Sedan dan Accord Coupe 2013. Dakwa Honda, model baharu itu adalah Accord yang paling berseni dengan interior yang lebih luas dan mewah yang direka untuk kalis masa. Mengadili daripada set gambar, Accord Sedan lebih kepada penggayaan yang konservatif. Tidak agresif mana seperti Accord terdahulu yang …
Aug 04
Honda Freed S – RM99,800
Seperti yang kita sedia maklum, Honda Freed kurang atau perkataan yang tepat ialah langsung tidak mendapat sambutan. Daripada pemerhatian, lebih ramai akak-akak atau makwe-makwe yang menggalas beg jenama Coach daripada jumlah Freed yang ada di atas jalan raya. Jika ada senarai kereta rare di Malaysia, Freed layak untuk disenaraikan sebaris dengan Hakosuka, Pagani Zonda atau …
Aug 02
Audi RS 3 Sportback: Edisi Terhad Yang Istimewa!
Audi RS 3 Sportback merupakan sebuah kereta yang sangat istimewa. Pada tahun 2011, model itu ditawarkan di dalam edisi terhad iaitu hanya 500 unit sahaja. Dek kerana sambutan yang hangat RS 3 Sportback habis dijual di dalam masa yang singkat. Baru-baru ini, Audi UK mengumumkan semula penjualan model itu sekali lagi, kali ini dengan unit …
Jul 31
Team Toyota GB Kembali Berlumba Dengan GT86
Sebuah pasukan yang masyhur di dalam sukan permotoran British akan kembali ke litar perlumbaan pada September ini. Pasukan tersebut ialah Team Toyota GB yang akan bertanding di dalam perlumbaan paling mencabar di UK iaitu Britcar 24 Hours. Paling menarik untuk pasukan yang diberi nafas baharu itu ialah kereta yang akan digunakan iaitu Toyota GT86 yang …
Jul 30
Honda HR412E: 1.6 Direct Injection Turbo!
Baru-baru ini Honda telah mengumumkan suatu perkara dan memberi signal yang sangat penting di dalam dunia automotif terutama sekali Honda Freaks seluruh dunia. Pengumuman yang dimaksudkan ialah enjin perlumbaan HR412E yang akan digunakan pada Civic WTCC di dalam FIA World Touring Car Championship. Dibangunkan di Pusat P&P (R&D) Honda di Tochigi, Jepun, enjin HR412E bersesaran …
Jul 26
Pandu Uji: Volvo S60 T5 2012
Jenama Volvo sentiasa berada di dalam radar pemerhatian saya. Namun perhatian terhadap produk Sweeden itu tidaklah serius sangat hinggalah seorang rakan yang dalam linkungan usia 30an membeli Volvo S40 baharu. Suatu yang janggal untuk golongan muda. Justifikasi beliau ialah kereta itu selamat. Kemudian Volvo terus meraih perhatian saya apabila melancarkan V40 baharu di beberapa negara …
Jul 24
Fiat Punto 2012: Stail Bertemu Teknologi
Generasi muda sekarang boleh jadi tidak berapa mengenali jenama Fiat berbanding generasi saya atau generasi yang lebih senior. Ketika itu model-model Fiat seperti Punto, Coupe ataupun Multipla banyak di atas jalan raya Malaysia. Berbelas-belas tahun dahulu rekabentuk model-model tersebut mendahului zaman dan tidak hairanlah ramai yang menentang arus perdana dengan membeli kereta buatan Itali itu. …