Category: GearTinggi

Peugeot 508 RXH

Sejak akhir-akhir ini tahap kesibukan Skru GT tersangatlah sibuknya. Selaku Skru Gantian , saya pun turut sibuk dengan tugasan harian. Nak harapkan Skru yang seorang lagi itu [Matpon] asyik sibuk melayan Rumah Terbuka sana sini. Jadi, untuk entri Peugeot 508 RXH ini saya buat rumusan sahaja untuk dikongsi bersama. Model 508 RXH ini merupakan edisi terhad dimana …

Continue reading

Eterniti Hemera: Gambar Studio

Eterniti Motors menambahkan lagi keghairahan orang ramai terhadap Hemera yang diwar-warkan sebagai Super SUV pertama di dunia. Kali ini mereka menunjukkan gambar studio Hemera untuk tatapan umum. Adalah jelas dapat diperhatikan penggunaan kit badan yang kembang sana sini. Turut dilaporkan, Hemera ini mempunyai 620hp dan mempunyai kelajuan yang melampaui 180mph. Sumber: Newspress -C27-

Eterniti Hemera – Super SUV Pertama Di Dunia

Eterniti Motors, yang telah ditubuhkan di London, merupakan syarikat kereta British yang baru akan memperkenalkan Super SUV pertama di dunia Hemera pada Frankfurt International Motor Show, 13 September 2011 ini. Eterniti adalah merupakan pembuat kereta secara indie yang berunsurkan kemewahan, bertujuan memenuhi sebahagian segmen kecil terhadap kereta-kereta mewah yang eksklusif khususnya di kawasan bandar-bandar utama …

Continue reading

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54!

Gua mewakili semua skru GT mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan yang ke-54. Tahun ini merupakan kali ketiga GT menyambut aidilfitri, dan juga tahun ketiga buat sekutu yang sentiasa menyokong blog ini. Berbanyak terima kasih untuk sokongan lu orang serta maaf zahir dan batin sepanjang kita bersama. GT aishiteru.

Nissan Juke Edisi Terhad

Memandangkan hari ini hari terakhir bekerja, mood nak menulis pun tak berapa nak datang. Tapi demi untuk tidak menghampakan Sekutu yang begitu rajin membuka laman sesawang GearTinggi.com [saja tulis nama penuh nak bagi panjang entri] saya gagahkan juga menaip cerita tentang kereta. Baru-baru ini Nissan Juke Edisi Terhad telah diperkenalkan untuk tatapan umum. Antara ciri-ciri edisi …

Continue reading

BANTUAN: Proton Waja WKC 2079 Hilang!

Salam skru GT… Gua nak mintak tolong postkan kereta gua… Kereta hilang masa nak repair kat bengkel Hj Mela Auto, Pusat Perdagangan Seri Kembangan. Gua anta kereta dalam kul 9-10 malam 22 Ogos 2011… Sebelum tuan bengkel tutup workshop pukul 2 pagi 23 Ogos 2011, kereta masih ada depan bengkel. Pagi bukak workshop balik, kereta dah takde… …

Continue reading

Balik Raya Punya Cerita

Lebih kurang seminggu lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya. Maka lagi dua tiga hari, boleh jadi orang ramai dah mula nak pulang ke kampung halaman tercinta.  Sebagai pedoman dan hidayah buat Sekutu yang memandu, maka bolehlah dijadikan amalan yang murni menjelangnya aktiviti pembalikan kampung tersebut. Ini perkara yang paling penting sebenarnya. Sebelum memulakan perjalanan, baca doa menaiki kenderaan dulu. …

Continue reading

Gambar Yang Cool [Sejuk]

  Ford Britain sedang membuat persiapan bagi meraikan Ulang Tahunnya yang ke 100. Cara yang Ford gunakan agak menarik dengan memperlihatkan gambar-gambar yang sangat jarang dapat dilihat. Hubungan unik yang dimiliki antara Ford dan Britain ini serta masyarakatnya akan digambarkan setiap minggu menerusi gambar yang telah dipilih khas.Hubungan unik yang dimiliki antara Ford dan Britain …

Continue reading