PROTON mencatatkan lonjakan 13% untuk rekod jualannya pada Oktober 2017 dengan 5,083 unit berbanding 4,498 unit kereta pada September 2017. Prestasi jualan ini menyaksikan kenaikan 6% untuk bulan Januari – Oktober 2017 dengan jumlah keseluruhan jualan sebanyak 61,380 unit berbanding 57,734 unit pada tempoh yang sama tahun lepas. Saga dan Persona, menjadi pilihan utama Saga …
Category: Berita
Nov 16
Perodua Myvi Baharu Kini Dilancarkan, Harga Bermula Dari RM44.3K
Perodua Myvi baharu ternyata mendapat sambutan hangat apabila 5,000 tempahan telah diterima dalam tempoh enam hari sahaja. Myvi sebelum ini kereta terlaris Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut. Myvi serba baharu yang berharga dari RM44,300 hingga RM55,300, kini boleh didapati di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara.
Nov 12
Proton R3 Juara Pelumbaan Sepang 1000km!
Pasukan PROTON R3 merangkul gelaran Juara Keseluruhan perlumbaan Sepang 1000km Endurance 2017 (S1K) pada malam Sabtu lalu selepas permulaan hebat mengalahkan pesaing kuat dari Maxxoil Mayhem Team dan Tedco Racing yang masing-masingnya memandu kereta Honda dan Suzuki. Admi Shahrul dan James Veerapen yang memandu kereta Proton Suprima S R3 bernombor 82 menamatkan saingan jauh di hadapan juara …
Nov 11
Honda Civic Type R Kini Di Pasaran – RM320K, 60 Unit Sudah Ditempah!
Penantian akhirnya berakhir buat mereka yang mahu memiliki kereta hebat ini. Honda Malaysia secara rasmi melancarkan All-New Civic Type R, model Honda yang paling berkuasa pernah diperkenalkan di Malaysia. Model ini telah berjaya menarik perhatian ramai setelah berjaya dinobatkan sebagai kereta pacuan roda depan (FF) terpantas di Litar Nurburgring di Jerman iaitu 7 minit 43.80 …
Nov 10
Malaysia Autoshow Kini Berlangsung Di MAEPS!
Malaysia Autoshow 2017 dengan tema Smart, Safe and Sustainable Mobility telah membuka tirainya untuk dikunjungi orang ramai bermula 9 – 12 November, dari 10 pagi hingga 9 malam di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). Majlis pembukaan Malaysia Autoshow 2017 telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia, YAB Dato ‘Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 9 November …
Nov 08
Perodua Myvi Baharu – Padat Dengan Teknologi, Dari RM44K – RM55K
Perodua baru sahaja mengumumkan tempahan untuk Myvi baharu bakal dibuka bermula 9 November 2017. Myvi generasi ketiga ini tampil dengan pelbagai pembaharuan di mana 99.9 peratus rekaannya dibuat dan dibangunkan oleh anak tempatan di Perodua. Selain tampil dengan rekabentuk revolusi di mana tiada lagi imej berkotak dan bulat seperti dua generasi sebelum ini, Myvi baharu …
Nov 07
Honda EX5 Fi Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun ke-30 di Malaysia 100 juta unit Siri Super Cup
Boon Siew Honda (BSH) bakal melancarkan Honda EX5 Fi Edisi Terhad yang akan didatangkan dalam dua rekaan iaitu Self/Drum/Spoke dan Self/Drum/Cast. Honda EX5 turut menyumbang kepada pengeluaran siri super cub sebanyak 100 juta unit dan merupakan motosikal paling lama bertahan di pasaran Malaysia pada masa ini.
Nov 07
PROTON Menang Anugerah Perak Dalam Anugerah Putra Brand 2017
PROTON telah memenangi Anugerah Perak bagi Kategori Automotif di majlis Anugerah Putra Brand 2017 yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 3 November lalu. Ini merupakan kemenangan pertama bagi PROTON sejak Anugerah Putra Brand dilancarkan pada tahun 2010. Anugerah Putra Brand adalah satu inisiatif oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A’s) untuk memberi pengiktirafan …