Kepada mereka yang mahukan sebuah pikap Toyota Hilux yang berbeza dari ribuan Hilux yang lain, pengenalan baharu oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) ini mungkin jawapannya. Bermula 17 Februari, Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition sudah boleh dilihat di bilik pameran UMWT di seluruh negara.
Category: Berita
Feb 14
BMW Group Malaysia jadi Rakan Automotif Rasmi Le Tour de Langkawi Malaysia 2017
BMW Group Malaysia dan Le Tour de Langkawi (LTdL) mengumumkan bahawa pengeluar kenderaan premium itu dilantik sebagai Rakan Automotif Rasmi perlumbaan Le Tour de Langkawi Malaysia bagi tahun 2017. Berucap pada majlis pengumuman tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalal berkata, “Pertandingan Le Tour de Langkawi berada di kedudukan paling tinggi dalam kalendar perlumbaan …
Feb 13
SHELL BUAT LAWATAN KE GARAJ DUCATI DI SIC SERTA SESI BERTEMU JORGE LORENZO
Shell Advance baru-baru ini telah menjemput 200 tetamu istimewa untuk merasai pengalaman unik menjelang musim MotoGP™ 2017. Kumpulan tetamu bertuah ini terdiri daripada para mekanik yang telah membantu meletakkan Shell Advance sebagai jenama minyak enjin motosikal yang terkemuka di Malaysia, ahli Kelab Pemilik Desmo Malaysia dan media terpilih.
Feb 11
Pusat 3S KIA kini dibuka di Jalan, Pahang, Kuala Lumpur
Kepada mereka yang berminat dan pemilik kenderaan KIA, sebuah pusat Jualan, Servis dan Alat ganti (3S) kini dibuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Pusat 3S itu bersaiz 16,200 kaki persegi yang mampu mempamerkan empat buah kenderaan, empat ruang servis dengan kemampuan penyelenggaraan sebanyak 14 buah kenderaan sehari. Outlet tersebut terletak berdekatan bulatan Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Feb 07
MForce Bike Holdings kini pengedar baharu Benelli – Perkenal super moped pada bulan April 2017!
Benelli, pengeluar motosikal berkuasa tinggi dari Itali mengumumkan syarikat tersebut dengan rasminya melantik Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. sebagai pengedar baharu untuk motosikal Benelli di Malaysia mulai 1 Februari 2017. Dengan perlantikan tersebut, Mforce Bike Holdings akan memasang, mengedar dan membekalkan perkhidmatan selepas jualan termasuk alat ganti bagi produk Benelli di pasaran Malaysia. Perkhidmatan sedia …
Feb 04
Isu inflator beg udara: Honda Malaysia panggil semula lebih 24 ribu kenderaan untuk gantian sebelah penumpang
Honda Malaysia mengumumkan panggilan semula 24,962 unit model kenderaan tahun 2012 untuk penggantian beg udara Takata bahagian penumpang sisi (sebelah pemandu). Model yang terlibat dalam panggilan semula ini ialah Accord, Jazz, Jazz Hybrid, City, Freed dan Insight yang kesemuanya model tahun 2012. Setakat ini tiada kecederaan atau kehilangan nyawa yang berlaku akibat kegagalan beg udara …