Category: Berita

Mazda6 Laku Dua Juta Unit!

Mazda Motor Corporation hari ini mengumumkan jualan kumulatif global Mazda6 setakat Ogos telah mencapai dua juta unit. Pencapaian ini diraih dalam masa lapan tahun enam bulan sejak produksi bermula pada Februari 2002 di kilang Hofu 2, Yamaguchi.

Continue reading

Untuk Dijual: Honda Civic Type R

Keh keh keh. Lama gua menjadi halimunan. Ada yang rindu sama gua? Yeah. Siapa yang nak beli  Honda Civic Type R gua rekemen lu org beli kereta ni ok. Ni bukan model recond ok tapi ori Honda Malaysia ni brader. Kereta standard kapak, bonet carbon fibre bukan cat atau sticker ok. Harga nak jual RM175k boleh kawtim. …

Continue reading

Volvo S60 T6 Dari Heico Sportiv!

Tersebutlah kisah dulu-dulu desain kereta Volvo adalah keras, bersegi dan serius. Sekarang desainnya lebih mellow seperti fasia yang bulat dengan lengkungan lembut, mungkin ikut undang-undang pelanggaran pejalan kaki agaknya. Walau bagaimanapun saingan sengit dalam pasaran lokal menyebabkan kereta Volvo dah tak semeriah dulu dan jika diimbas kembali jenama inilah yang digunakan sebagai kereta Polis, peronda lebuhraya …

Continue reading

JDM: Mazda Familia Van

Bila saya terima siaran media ini ingatkan Mazda Familia yang dimaksudkan adalah model hac yang popular dulu tapi bila tengok gambar rupa-rupanya jauh panggang dari api, Familia terbaru adalah wagon. Tetapi Mazda letak nama van. Pelik juga. Dan baru-baru ini model tersebut telah disegarkan kembali dengan penambahbaikan sistem keselamatan di mana beg udara sisi penumpang …

Continue reading

MINI Countryman: 4WD & WRC!

Saya rasa nama Mini adalah yang paling true dalam banyak-banyak jenama kereta. Namanya melambangkan kereta itu sendiri iaitu kecil dan kompak. Kalau kita soroti sejarah kereta-kereta Eropah kita akan perasan banyak model klasik adalah comel lote dan kompak, kadang-kadang hairan juga macamana Mat Saleh tinggi lampai dan besar boleh muat dengan selesa dalam kereta sekecil …

Continue reading

Isuzu Meraih Kedudukan Tertinggi Dalam Jualan di Malaysia Bagi Tahun Kedua

Waktu penghantaran telah memberi kesan besar terhadap kepuasan pengalaman dari segi jualan kenderaan baru, dengan kepuasan menurun apabila penghantaran mengambil masa melebihi 14 hari, menurut hasil tinjauan J.D. Power Asia Pacific 2010 Indeks Tahap Kepuasan Jualan (SSI) Malaysia yang disiarkan hari ini. Tinjauan yang dibuat untuk tahun kelapan ini mengukur kepuasan pemilik kereta baru terhadap …

Continue reading

Nabil Jeffri Pemandu Uji Termuda Formula Satu

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Nabil Jeffri pelumba muda berusia 16 tahun akan menjadi pemandu ujian Lotus Racing. Pada 1 September lepas beliau telah melakukan ujian aero di landasan terbang Muzium Perang Imperial Duxford dan mencatat rekod sebagai pemandu uji termuda Formula Satu. Menemani dan membantu Nabil ialah Fairuz Fauzy dan Heikki Kovalainen dan beliau …

Continue reading

JDM: Mazda Bongo Van & Trak

Sekutu mungkin masih ingat lagi Mazda Bongo. Model ini dan sepupu rapatnya Ford Econovan memang banyak berlegar atas jalanraya kita suatu masa dulu, yela mana nak ada MPV lagi masa tu. Kalau buat balik kampung dan rombongan kahwin ataupun hantar anak masuk U inilah vannya. Jangan tak tau yang letak sofa rotan dalam ni pun …

Continue reading