Siri Formula Drift Asia memang saya ikuti sejak dari Singapura hinggalah ke Thailand baru-baru ini. Apabila siri FD Malaysia bakal dianjurkan memang saya teruja hendak menonton bahkan siang-siang lagi saya sudah maklumkan kepada Baii, ada siri drift besar akan berlangsung di sini. Namun apabila mengetahui harga tiket grand stand yang berbumbung dan tidak berbumbung yang memang tinggi terus saya batalkan niat saya dan sebab itulah baru kini saya menulis mengenai pertandingan ini. Itupun sebab Djan yang menjadi juara kalau ikutkan hati malas rasanya, bukan sebab apa tapi memang saya rasa harga tiket tu tinggi.
Saya sedar jenama seperti Goodyear adalah potensi besar untuk iklan di GT dan jika anda baca di blog lain pun memang jenama tersebut diangkat, maklumlah lubuk emas. Tetapi saya dan skru lain asaskan GT sebab hendak menongkah arus, kitaorang hendak menulis dengan jujur, biar pembaca atau sekutu semua mendapat input berbeza. Tidaklah mendapat maklumat dengan monotonous sahaja. Tamat luahan saya.
Tengku Djan Ley, putera kepada mantan CEO Proton, Tengku Mahaleel telah membuktikan yang beliau di peringkat Asia Tenggara adalah pemandu drift yang tidak dapat dikalahkan. Pengalaman beliau berlumba sangat kaya, dari rali hinggalah ke litar semuanya pernah dicuba bahkan biasa menjadi juara. Beliau juga memegang jawatan tinggi dalam pasukan A1 Team Malaysia dan resumenya tak payah ceritalah, pernah berkerja di Porsche dan Lotus dan apa yang menarik tentang karakternya beliau seorang yang merendah diri dan senang didekati, itu pengalaman saya dengan beliau, dengan orang lain saya tidak pasti.
Hari pertama Goodyear FD Malaysia adalah untuk menapis 54 pelumba dari sekitar Asia dan tempatan kepada 32 drifters terbaik untuk penentuan pada hari Ahad. Setiap drifters diberi dua percubaan dan salah satu yang terbaik akan diambil kira. Dari Ampang saya perhatikan langit begitu mendung dan pastinya perlumbaan di Serdang sana akan basah dengan air hujan dan akan memerangkap drifter yang tidak biasa dengan tar becak. Telahan saya memang tepat, drifter kegemaran ramai, Mad Mike dari New Zealand dengan jentera FD 4 rotornya berpusing pada percubaan pertama dan percubaan keduanya dengan gaya selamat berjaya juga akhirnya tetapi di kedudukan KESEMBILAN BELAS!. Tempat kedua pula diduduki oleh Hanizam ‘Loyai’ Hamzah dan pastinya di tempat pertama adalah Tengku Djan dengan 88.7 mata. Ryuji Miki dari Jepun pula di tempat ketiga.
Hari terakhir menyaksikan kedudukan hari sebelumnya kucar-kacir. Ryuji Miki dengan jentera Supranya entah ke mana, prestasinya memang tak boleh blah, senang-senang saja dikalahkan oleh Mad Mike. Sak Nana Kiki, raja drift dari Thailand pula cemerlang, mengalahkan terus Loyai dan maju untuk ke separuh akhir. Dalam pertarungan merebut ke final penonton disajikan dengan drama antara Mike dan Kiki. Pertarungan yang sengit membuatkan hakim menambah satu lagi pusingan [omt] dan malang menimpa Mad Mike dengan asap yang berkepul dari tayar Kiki menyebabkan penglihatannya terhad seterusnya melanggar Kiki dan penaltilah akibatnya. Sementara itu Djan pula bertarung dengan drifter tempatan iaitu Mervyn Nakamura dengan A31nya dan pasti anda boleh agak siapa yang mara ke final. Perebutan tempat ketiga dan keempat pula menyaksikan pertarungan antara Mad Mike dan Mervyn dengan kemenangan berpihak kepada Mad Mike.
Laluan kejuaraan untuk Djan memang sukar, seperti yang berlaku semasa peringkat akhir FD Thai, beliau kalah kepada Mad Mike dan sekali lagi perlu melalui saat mendebarkan apabila bertarung dengan Kiki pula. Selepas dua pertarungan sengit hakim mengarahkan sekali lagi pusingan [omt], Kiki memang hebat dan semasa run terakhir Djan seperti raging bull, membalas dengan tenaga dan pengalaman yang ada dan menyingkirkan terus Kiki. Tengku Djan adalah juara Formula Asia, beliau menduduki podium dalam kesemua tiga pusingan dan dua kali menjadi juara!.
Kata akhir dari Djan selepas menjuarai Goodyear FD Malaysia, “Ada khabar angin yang cakap saya takkan bertanding tahun depan tapi saya nak pastikan di sini yang saya akan berada di grid tahun depan dan akan mencabar drifter-drifer lain!”.
httpv://www.youtube.com/watch?v=DCGvgre-f98
Tahniah kepada Tengku Djan!
Keputusan:
1. Tengku Djan,Team Bridgestone, Malaysia.
2. Sak Nana Kiki, Team PTT, Thailand.
3. ‘Mad’ Mike Whiddet, Team Goodyear, New Zealand.
Sumber: TrafficMagOnline.com
-Mak Uia-
ps: Rifat Sungkar, pemandu rali dari Indonesia menyewa Proton Waja R3 RWD dengan tajaan Goodyear.
_____________________________________
Matpon: Gua post entri ni lambat sebab Mak Uia nak letak berita pasal Petronas F1 semalam. Harap Maklum. Babai. Mana gua nak cari kawan pekena sirap bandung malam-malam macam ni?
25 comments
Skip to comment form
bravo djan..
sape pelapis selepas djan?mat?
hampeh..
pe brng sirap bandung..pegi bandung r mat..bnyk sirap kt sane?hehaha..
matpon, bila pulak lu nak masuk drift dengan veyron lu tu?
GUA TABIK KAT TENGKU DJAN….!!!
hats off to tengku djan..
fuyooo hebat djan.. mat lu apa cerita, veyron mahal tapi tak leh drift baik pakai tiara jer huhuhuhu
Djan tetap CHAMPION !
best…best….tahniah buat tengku Djan..
rifat leh nombor brapa gua bukan minat mamat indon tu nak tau pasal waja tu je
Panggil Djan bukak klinik utk geartinggi.com ok tak?? buatlaa klinik sehari bayar rm50 aku rasa ramai nak join .. biarpun teknik tu bukan sehari leh katam tapi at least curahan ilmu tu boleh kasi lebih semangat pada yg minat dgn sukan drift ni
mat..bagitau baii idea aku ni kalau tak …. !@
Cayalah Tengku Djan…Gua nak gi tgk tapi tak jadik atas 2 faktor…
1 – Tiket mahal nak mampus
2 – Gua balik kampaung sbb anak sedara kawin…hahaha…
brapa rega tiket dia?? kalau mahal baik kita pi tgk avatar kat imax hehehe
yang penting malaysia champion kan…
tepuk tepuk penguin untuk djan!!!
jalan tar kampung
Palapes tu askar. Budak-budak U ramai juga masuk. Pipi pun budak U sekarang.
carragher27
Asyik-asyik gua daftar penganjur reject, apa cer? Dia kasi bulat dekat jenis kereta. Apa boleh buat orang tak caya sama gua.
Gorillabiscuits
Macam askar pula main tabik-tabik. Entah-entah lu askar.
Prodigy
Yer, helmet gua warna putih. Naik moto jangan pakai topi bola lisut.
zulkim
Ah lu ni nak tag team ngn budak-budak atas ni memperkecilkan gua pula. Gua biasa lah, sabar. Baru gentleman. Simpang depan lu jaga-jaga sikit.
Dave
Yer betul nanti gua kirim salam kalau dia ajak gua minum.
hanepSSS
Macam nama rantai motor nama lu ni.
ala lingkup
Waja tu nama dia Proton. Enjin Nissan. Nissan tu GTR, kenal ke? Bos dia orang Brazil.
sepat
TAK SETUJU!!! KLINIK TEMPAT ORANG AMBIL MC!!!
CaparZo
Bagus, macam ginilah semangat saudara. Pakat-pakat tolong.
sepat
TAK SETUJU!!! BAIK SIMPAN DUIT, MENABUNG AMALAN MULIA!!!
penditagila
Yang penting gua dah mengantuk sekarang.
teamsleep
Tepuk bantal, tido sedap juga ni.
ZZZZzzzZZzzzZZZZZZZZzzzZz.
apsal mahal benor tiket die..
gile aaa..
sebulan gaji nak kumpol baru bleh beli tiket tu..
kepada orang Sungai Petani, champion ni akan mai buat demo tempat hangpa!
Adoi knpa lh gua tak de dkasi kesempatan blumba drift mcm tengku djan…
macam keiichi versi malaysia la pulak..
caya lah………malaysia buleh beb!
djan memang dilahirkan untuk menjadi juara…….syabas..
gua respek gilerr ngan djan…pe kateee suh djan wat akademik drift tok pelapis tp bkan kueh lapis tok kenyangkan pwot mat kaco ngan amid….gerenti lariss cm majalah kereta!!!
gua tabik ar djan!!!majulah sukan drift malaysia!!!
mmg best ar merempit drift nie…tengku djan nie mmg power giler bab2 drift..aku nk main drift tapi bajet xda..sifu aku pn keje kt melaka..
bangge gua pkai waja hahahaha
salam
berita baik unuk semua peminat proton.proton telah mengeluarkan jentera proton edidi khas sebanyak 25 unit setiap satu bagi saga, exora dan persona.
harga :
saga : rm 55.500k
exora : rm 91.998k
persona : rm 69.500
sekian