Tahun 70 Porsche Menang Le Mans 24 Hours!

Porcshe 917

Pada 14 Jun 1970, Porsche buat pertama kali menjadi juara perlumbaan Le Mans 24 Hours. Kemenangan tersebut membuka jalan untuk 15 lagi kejuaraan perlumbaan tahan lasak yang berprestij tersebut.

Selepas berlumba 4,607.811 km atau 343 pusingan, Hans Herrmann dan Richard Attwood melepasi bendera penamat dengan kereta yang sekutu nampak di atas, Porshce 917 KH dari Porsche Salzburg. Bukan setakat juara tetapi Porsche turut memenangi tempat kedua dan ketiga. Sesuatu yang sangat mengembirakan Porsche sebab mereka mencuba sejak dari tahun 1951 lagi.

Porsche 917

Porsche 917 yang menang tersebut dibina oleh Ferdinand Piech dan dipertontonkan pada Geneva Motor Show. Dengan berat 800kg kereta ini ada 12 silinder berkuasa 580hp pada 8400 rpm dari enjin 4.5 liter. Jenis long tail boleh cecah 400 km/j! pada bahagian jalan lurus Hunaudieres [seksyen Le Mans] dengan jarak 5.8 km.

Pada Le Mans 70, 917 yang dipandu oleh Hermann dan Attwood adalah jenis short tail dan mereka berlumba dalam cuaca hujan yang mana mengorbankan segerombolan Ferrari dan Porcshe. Daripada 51 kereta sebanyak 24 buah Porsche bertanding dan hanya 5 buah Porsche dan 2 Ferrari menamatkan perlumbaan.

Ada cerita menarik disebalik kemenang Hermann, masa beliau keluar rumah nak pergi berlumba isterinya bertanya, “Bila nak berhenti berlumba?”, Hermann menjawab, “Bila Abang menang”.

Dia menang dan terus bersara.

Tahun Kejuaraan Porsche di Le Mans:

  1. 1970
  2. 1971
  3. 1976
  4. 1977
  5. 1979
  6. 1981
  7. 1982
  8. 1983
  9. 1984
  10. 1985
  11. 1986
  12. 1987
  13. 1994
  14. 1996
  15. 1997
  16. 1998

Foto: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • megat putra kuning on 13/06/2010 at 10:32 AM
    • Reply

    peh…mmg dashyat n menyayat hati…kalau bini aku tanya camtu aku jwp”tggu abg kawin 4”….papepun aku tabik…antara kete2 sport euro,porsche mmg terbaikk!!

    • azwan nbs on 13/06/2010 at 11:20 AM
    • Reply

    aku setuju ngan ko megat….

    • pelug on 13/06/2010 at 11:31 AM
    • Reply

    800kg ngan 580hp….mesti best

    • megat putra kuning on 13/06/2010 at 1:08 PM
    • Reply

    lagipun…kebanyakkan kete2 porsche ni kebanyakkan masih manual..tu bru best…kete sport pior…

    • on 13/06/2010 at 5:00 PM
    • Reply

    580hp…kuat tu Jo….!!!

    • kradillion on 13/06/2010 at 10:30 PM
    • Reply

    tahun ni…audi menang 1,2,3…
    audi rock…sbb guna engine diesel…cayalah..peugeot terus terkeluar sbb engine diorg x tahan tahun ni…

  1. peugeot dah sakit lah…

    • gaman on 22/06/2010 at 8:47 AM
    • Reply

    power to weight ratio..800kg @ 580hp..whoa!

Leave a Reply to kradillionCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.