Pada 2 Mac lepas Proton mengumumkan mereka telah menandatangani Memorandum Persefahaman [MoU] dengan Nissan bagi mengkaji peluang-peluang baharu dalan mengukuhkan kebersaingan bersama dalam pasaran global. Berdasarkan kajian ini yang akan mengambil masa selama 3 bulan, kenderaan generasi baharu Proton akan menggunakan teknologi dan kepakaran pembuatan terpilih Nissan. “Kerjasama ini akan mengurangkan masa pembangunan produk baharu …
Tag: Proton
Mar 10
Proton R3 Satria Neo – Pandu Uji Singkat
Tengah hari semalam dalam cuaca mendung saya ke kilang Proton Shah Alam untuk pandu uji Proton R3 Satria Neo. Ikutkan skru GT boleh tahan sibuk tetapi memandangkan ramai yang teruja dan hits carian R3 Satria Neo tinggi tak sampai hati rasanya nak lepaskan kereta ini, tambahan pula kereta hac memang sentiasa di hati. Baru-baru ini …
Mar 08
Proton R3 Satria Neo
Dijuruterakan untuk pemanduan yang dinamik, Proton pada semalam memperkenalkan kereta hac eksklusif Proton R3 Satria Neo. Dibina oleh Divisyen Permotoran Proton di bawah jenama Race, Rally, Research [R3] kereta ini mudah dikenali dengan warna Fire Red dengan bumbung hitam. Enjin 1600cc Campro CPS yang digunakan pada Satria ini dipertingkatkan lagi dengan peralatan Stage 2 R3 …
Feb 24
Proton S16 [Saga] Capai 3 Bintang ANCAP
httpv://www.youtube.com/watch?v=3SbX4Ld_QiM Proton Saga atau dikenali sebagai S16 di Australia telah diuji dalam Australasian New Car Assessment Program [ANCAP] pada penghujung 2010. Melalui laporan yang disiarkan pada 3 Februari lepas, kereta rakyat ini mendapat 3 daripada 5 bintang maksimum dengan skor 19.96 daripada 37 skor keseluruhan. Kelajuan kenderaan ujian pelanggaran ialah 64 km/j. Ujian ini adalah …
Feb 12
BIASISWA PROTON UNTUK 13 PELAJAR MELANJUTKAN PENGAJIAN IJAZAH
SHAH ALAM, 11 Februari 2011 – 13 orang pelajar hari ini menerima biasiswa daripada syarikat pengeluar kereta nasional PROTON untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan, perakaunan dan teknologi maklumat di beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terpilih di seluruh negara. Penyampaian biasiswa tersebut telah disempurnakan oleh Penasihat PROTON, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad …
Feb 10
Proton R3 Satria Neo, RM79,797!
Dibina oleh peminat untuk peminat, Proton kini menawarkan edisi terhad Proton R3 Satria Neo. Dijuruterakan untuk pemanduan yang berprestasi oleh staf R3 kereta ini dilengkapi pakej modifikasi stage 2 dengan kuasa 145 bhp pada 7,000 rpm dan tork 168 Nm pada 5,000 rpm. Hanya boleh didapati dengan transmisi 5 kelajuan close ratio, Proton R3 Satria …
Feb 08
Dibuka Untuk Tempahan, Proton Satria Neo CPS R3
Proton Satria Neo R3 CPS Concept berkongsi ruang pameran dengan Proton Satria Neo Cusco di Tokyo bulan lepas. Semasa Proton Satria Neo R3 Lotus Racing dikeluarkan ramai sedia maklum harganya tinggi dan input tersebut diambil kira pada model Neo CPS R3 di mana beberapa peralatan lima bintang disingkirkan untuk lebih mampu milik. Kuasa enjin Neo …
Jan 29
Proton Satria Neo Cusco Diuji di Jepun
Staf Proton Motorsports, Suriya Sankaran dan Faidzil Alang kini berada di Tokyo, Jepun bagi menghadiri sesi ujian Proton Satria Neo Cusco dan sesi bersama media. Enjin Neo Cusco masih lagi standard kecuali kotak gear dog box dan suspensi Cusco. Kontra dengan pemahaman popular, kereta rali boleh dibelasah dengan kondisi standard, tanpa pacuan empat roda atau …