Proton sejak dari mula ditubuhkan sememangnya memberi perhatian serius di dalam sukan permotoran bagi mengangkat jenama dan membuktikan keupayaan produk nasional negara. Proton terlibat di dalam pelbagai perlumbaan di dalam dan luar negara seperti touring, litar, tahan lasak dan yang paling menonjol ialah sukan rali. Bermula dari Proton Saga, Wira, Satria, Putra, Waja, Tiara, Satria …
Tag: Proton
Jan 25
Proton Melancarkan Inspira Super Premium dan Satria Neo 4AT
Proton Holdings kelihatan agresif dalam melancarkan varian baharu untuk model sedia ada mereka. Baru sahaja memperkenalkan Proton Suprima S Super Premium, pengeluar automotif nasional itu melancarkan pula Proton Inspira Super Premium. Varian baharu itu adalah versi naik taraf Inspira 2.0P yang dibezakan dengan aksesori R3 seperti kit badan, pelekat sisi dan roda aluminium 18 inci. …
Jan 18
Proton Suprima S Super Premium (SP) – RM88 Ribu!
Proton Holdings telah melancarkan varian baharu model hatchback yang dikenali sebagai Suprima S Super Premium (SP). Akronim Super Premium adalah tambahan baharu kepada Super Value (SV) yang digunakan pada Saga dan Persona. Proton Suprima S Super Premium adalah varian paling tinggi selepas Suprima S Premium dengan penambahan kit R3 yang terdiri daripada lips depan, skirt …
Jan 15
Galeri: Proton Perdana Limousine & Perdana 2.4P – Accordana
Pada tahun 2013 kerajaan telah mengumumkan program penggantian kenderaan rasmi daripada Proton Inspira kepada Honda Accord. Keputusan tersebut telah menarik perhatian ramai dan menjadi isu nasional yang hangat. Selang beberapa tempoh keputusan itu disemak semula dan kerajaan memaklumkan bahawa kereta rasmi akan tetap dibekalkan oleh pengeluar kereta nasional Proton. Isu itu sekali lagi menarik perhatian …
Dec 10
Proton Satria Neo CPS 1.6MT Standard – RM50,951.50!
Pada pelancaran Proton Persona SV di Shah Alam, Selangor baru-baru ini Proton turut mempamerkan kesemua model keluaran syarikat itu termasuk varian R3. Paling menarik ialah sesi pandu uji terbesar yang melibatkan hampir kesemua model Proton. Terdapat juga jualan penghabisan stok bagi alat ganti model-model terpilih. Di tengah-tengah kemeriahan karnival tersebut turut dipamerkan ialah Proton Satria …
Dec 02
Proton Lancar Suprima S Di Tiga Pasaran Antarabangsa Pada Bulan November!
Sepanjang bulan November lepas, Proton Holdings Berhad sibuk melancarkan model baharu Proton di tiga buah negara iaitu Australia, Brunei dan Thailand. Proton Suprima S kini sudah memasuki empat pasaran antarabangsa termasuk pelancaran pada penghujung Oktober di Indonesia. Sydney, Australia. Pelancaran di Australia dibuat di Sydney pada 14 November, kira-kira dua minggu selepas pelancaran di Jakarta, …
Dec 01
Proton Persona SV – RM44,938!
Pengeluar automotif nasional Proton Holdings Berhad telah melancarkan model Super Value (SV) terbaru iaitu Proton Persona SV. Model tersebut dilancarkan oleh Dato’ Lukman Ibrahim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton. Dikuasakan oleh enjin 1.6 liter Campro IAFM, Persona SV ditawarkan di dalam dua varian iaitu manual dengan harga atas jalan bermula dari RM44,938 manakala versi automatik …
Nov 03
Saga SV Bantu Lonjakkan Jualan Proton dan Suprima S Kini Dijual Di Indonesia
Disokong oleh jualan Exora, Persona, Prevé, Suprima S dan khususnya Saga SV, prestasi jualan Proton pada suku ketiga 2013 melonjak 27 peratus berbanding suku yang sama pada 2012. Bukan setakat itu, prestasi suku ketiga juga meningkat 42 peratus berbanding suku kedua sebelumnya. Peningkatan jualan itu disumbangkan oleh Proton Saga SV yang dilancarkan pada Jun lepas. Model …