Tag: Nissan

Nissan Tangguh Pengeluaran di Jepun

Nissan menangguhkan buat sementara waktu kesemua operasi kilang produksinya di Jepun sehingga 16 Mac 2011. Keputusan selanjutnya akan dibuat selepas Nissan selesai mentaksirkan kerugian pada kilang dan vendor mereka. Sementara itu, Nissan tempatan tidak terjejas kerana mereka mempunyai inventori kenderaan CKD dan CBU. Nissan Motor Co., Ltd akan mendermakan sebanyak 30 juta yen [RM1.11 juta] …

Continue reading

Proton Tandatangani MoU Dengan Nissan

Pada 2 Mac lepas Proton mengumumkan mereka telah menandatangani Memorandum Persefahaman [MoU] dengan Nissan bagi mengkaji peluang-peluang baharu dalan mengukuhkan kebersaingan bersama dalam pasaran global. Berdasarkan kajian ini yang akan mengambil masa selama 3 bulan, kenderaan generasi baharu Proton akan menggunakan teknologi dan kepakaran pembuatan terpilih Nissan. “Kerjasama ini akan mengurangkan masa pembangunan produk baharu …

Continue reading

Nissan dan Mazda Berkongsi Produk

Nampaknya perkongsian produk automotif bukan sahaja berlaku antara pengeluar dua negara bahkan di dalam negara sendiri. Terbaharu, Nissan dan Mazda mengikat perjanjian di mana Mazda akan membekalkan Premacy kepada Nissan bermula Mei 2011. Mazda Premacy dijual di serata dunia dan lebih dikenali sebagai Mazda5, ianya adalah antara produk utama Mazda dengan jualan kumulatif daripada tahun …

Continue reading

Senarai Harga Nissan dan Impul

Untuk sekutu yang berminat dan berkira-kira hendak beli Nissan, disertakan ialah senarai harga lengkap model Nissan dan Impul daripada Edaran Tan Chong Motor.

Continue reading

Nissan Fuga/Infiniti M: Untuk Kerajaan Sahaja

Nissan Fuga adalah Infiniti M, jenama dari Jepun untuk pasaran premium. Beberapa bulan lepas saya ada berborak dengan seseorang dari industri tentang Proton akan menjenamakan semula Nissan dan tengah hari semalam topik tersebut dibuka semula rentetan dari khabar angin yang kuat mengatakan Nissan Fuga akan dibekalkan untuk kegunaan kerajaan oleh Proton. Infiniti M mempunyai beberapa …

Continue reading

Nissan Elgrand

Selari dengan reputasi cemerlangnya sejak sekian lama dengan gelaran “Raja MPV”, Elgrand generasi baru menyerlahkan penampilan mewah, dengan ciri-ciri hospitaliti dan keselesaan kepada pemandu serta para penumpang. Bahagian dalamannya menawarkan pelbagai ciri yang dihasilkan khas untuk keselesaan penumpang. Ini termasuklah tempat duduk berkualiti tinggi pelbagai fungsi yang unik dengan perehat kaki. Bagi menambah keselesaan, Elgrand …

Continue reading

Nissan Teana: Sedan Mewah

Sedan mewah, Nissan Teana serba baru yang dilancarkan baru-baru ini menandakan bahawa Nissan telah kembali bersaing dalam segmen sedan eksekutif. Aspek utama model ini adalah berkonsepkan sebuah sedan yang dinamik dan berkuasa, di samping gaya mewah moden, keselesaan pemanduan yang menakjubkan serta ciri-ciri lain yang tidak dilupakan. Sejak pelancarannya di peringkat global, Nissan Teana serba baru …

Continue reading

March: Kereta Kompak Nissan

Generasi keempat Nissan March serba baru dilihat berada di landasan tepat untuk mencipta satu set standard industri yang baru. March secara konsisten menerima pujian dan kejayaan di Eropah, Jepun dan pasaran seluruh dunia yang lain. Ia meraih reputasi sebagai sebuah kereta kompak yang boleh dipercayai, bergaya dan mampu milik yang boleh dinikmati oleh pelbagai kategori …

Continue reading