Pertama 1Malaysia F1 Racing Team, kedua Lotus Racing, terbaru dan kekal selepas ini ialah Team Lotus. Nama memang memainkan peranan penting dan sampai sekarang masih ada suara-suara yang tidak setuju dengan Lotus Racing sebab saya rasa ianya bukan tim kilang Lotus tambahan pula dimiliki oleh rakyat tempatan. Kalau ada yang skeptik tu perkara biasa.
Tag: Lotus Racing
Sep 13
F1 Itali 2010: Alonso Menang Di Negeri Ferrari
Menang di tempat sendiri memang manis, rasa macam dah hadiahkan sesuatu yang besar untuk rakyat tempatan. Walaupun Fernando Alonso berasal dari Sepanyol tetapi itu tidak cukup untuk menghalang warga Itali dari merai kemenangan mereka, silap-silap ada yang tak lena tidur semalam dan mungkin ada yang tak kerja hari ini. Sebelum menang Alonso sudah pun menaruh …
Sep 04
Nabil Jeffri Pemandu Uji Termuda Formula Satu
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Nabil Jeffri pelumba muda berusia 16 tahun akan menjadi pemandu ujian Lotus Racing. Pada 1 September lepas beliau telah melakukan ujian aero di landasan terbang Muzium Perang Imperial Duxford dan mencatat rekod sebagai pemandu uji termuda Formula Satu. Menemani dan membantu Nabil ialah Fairuz Fauzy dan Heikki Kovalainen dan beliau …
Aug 30
F1 Belgium 2010: Hari Untuk Lewis Hamilton
Lewis Hamilton dari McLaren Mercedes sekarang ini memegang takhta pemandu apabila memenangi Formula Satu Belgium yang agak kucar-kacir kelmarin. Beliau menang hanya 1.5 saat di depan pemandu RedBull Mark Webber yang kini dengan kumulatif 179 mata, ketinggalan 3 mata di belakang Hamilton. Bagaimana pula dengan seorang lagi hero muda RedBull Sebastian Vettel? Beliau jauh dibelakang …
Aug 07
Nabil Jeffri Pandu Ujian Aero Lotus Racing
Lotus Racing mengumumkan Nabil Jeffri, remaja berusia 16 tahun yang sekarang ini bersaing dalam BMW Pacific untuk tim Eurasia Motorsport akan memandu kereta Lotus Racing semasa ujian aerodinamik pada awal September nanti di UK.
Aug 02
F1 Hungary 2010: Webber Juara!
Kelmarin adalah perlumbaan yang memuaskan hati dan paling cemerlang untuk tim Lotus Racing, daripada 19 pelumba Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ke 14 & 15. Tiada masalah hidraulik, tiada pelanggaran dan perlumbaan yang bersih untuk mereka.
Jul 26
F1 Jerman 2010: Dominasi Ferrari!
Hari yang mengecewakan untuk tim Lotus Racing apabila kedua pemandunya gagal menamatkan perlumbaan di GP Jerman. Walaupun seperti biasa mendahului tim baru lain semasa ujian kelayakan itu tidak mencukupi untuk terus di hadapan. Jarno Trulli bermula dengan baik dan menduduki tempat kelimabelas dan terpaksa memasuki pit pada pusingan keempat selepas gear dua mengalami masalah, beliau …
Jul 22
F1: Fairuz Fauzy Pandu FP1 Jerman
Mungkin sesetengah dari kita dah sedia maklum yang pemandu ketiga Lotus Racing memandu Lotus T127 sebelum pemandu sebenar berlumba pada Ahad. Fairuz akan memandu semasa Ujian Bebas [Free Practice] di baki perlumbaan di Silverstone, Hungary, Singapura dan Abu Dhabi.