Tag: F1

Fairuz Fauzy Bukan Lagi Pemandu Ketiga Lotus Racing

Fairuz Fauzy kini bukan lagi pemandu ujian dan ketiga pasukan Lotus Racing. Bersama pasukan itu Fairuz sempat lima sesi pemanduan dan selepas ini akan mencari peluang berlumba sepenuh masa dalam perlumbaan antarabangsa lain. Walau bagaimanapun fokus beliau tetapi kepada Formula Satu. Sebelum menyertai LR beliau adalah naib juara kejohanan World Series by Renault Formula 3.5 …

Continue reading

Sah Grup Lotus Ke F1, Lotus-Renault GP!

Grup Lotus semalam mengumumkan mereka akan kembali ke Formula Satu dengan nama Lotus Renault GP bermula musim hadapan, hubungan ini bukan suatu yang baru kerana mereka pernah bersama pada zaman 80an dahulu. Grup Lotus akan membeli pegangan dalam pasukan Renault dan urusan ini bukan sahaja melibatkan formula satu bahkan kerjasama dalam hal-hal teknologi.

Continue reading

Proton: Beli Renault F1 & Kerjasama Strategik?

Terdapat khabar-khabar menarik mengenai Proton sepanjang minggu ini antaranya: 1. Pembelian Saham Renault F1 Dengar kata perjanjian pembelian akan dimuktamadkan sedikit masa lagi. Proton akan membeli saham dalam pasukan F1 Renault dan akan pam duit sebanyak RM100 juta setahun untuk tempoh lima tahun. Bukan untuk Proton tetapi Lotus dengan nama baru pasukan akan dikenali sebagai …

Continue reading

F1 2010: Vettel Juara Dunia!

Formula Satu sudah pun tamat dengan perlumbaan terakhir di Abu Dhabi pada Ahad lepas. Kejayaan tidak mudah, selepas bertahun-tahun berlumba akhirnya Red Bull menjadi juara, mustahil dalam tempoh tidak sampai setahun jagung kejayaan boleh digenggam dan jika berjaya pun tidak akan lama kerana tidak merasa payah jerih mencapai kejayaan. Jika hendakkan pasukan baru seperti Lotus …

Continue reading

F1 2011: Lotus Racing Guna Warna Hitam-Emas

Nama pasukan Lotus Racing [LR] untuk Formula Satu musim 2011 masih lagi kabur dengan kontroversi Grup Lotus mengharamkan firma Tony Fernandes dari menggunakan apa-apa nama yang ada kaitan dengan Lotus. Berita terakhir ialah kedua-dua pihak sedang berbincang di belakang tabir atas nasihat Tun Dr. Mahathir. Ironinya Tun adalah penasihat Proton Holdings dan juga LR. Drama …

Continue reading

F1 Brazil 2010: Red Bull Juara Pembina 2010!

Perlumbaan F1 semalam merupakan penamat untuk kategori pembina apabila Red Bull dengan kedua pemandunya Sebastian Vettel dan Mark Webber menamatkan perlumbaan sebagai juara dan naib juara. Ini bermakna peluang untuk tim lain tamat terus memandangkan perlumbaan hanya tinggal satu pusingan di Abu Dhabi. Walau bagaimanapun peluang masih terbuka untuk tiga pemandu iaitu Alonso, Webber atau …

Continue reading

F1 2011: Lotus Racing Guna Enjin Renault!

Berita yang ditunggu-tunggu kini menjadi kenyataan, Lotus Racing menggantikan enjin Cosworth dengan Renault. Bernard Rey, Presiden Renault Sport mengumumkan semalam yang mereka akan membekalkan enjin kepada LR bermula musim 2011 ke atas dan ini adalah siri berita perkembangan positif selepas pengumuman kotak gear serta hidraulik Red Bull dan pembinaan terowong angin mereka sendiri. Nampaknya tiada …

Continue reading

F1 Korea 2010: Schumi Keempat!

Perlumbaan di Korea semalam adalah terburuk untuk musim ini, suatu permulaan yang tidak cantik untuk pusingan yang pertama kali diadakan di Korea. Pelumba bermandi hujan dan terlibat dalam kemalangan. Pelepasan kereta dilewatkan dan selepas berlumba hanya tiga pusingan perlumbaan ditangguh sementara cuaca kembali normal. Selepas hampir sejam tertunda, perlumbaan disambung tetapi di belakang kereta keselamatan …

Continue reading