Tag: APRC

APRC: Proton Neo S2000 di Hokkaido!

Bos gua tulis kat mukabuku GT “Tangan kena gigit semut hutan”. Apa kes kena gigit semut hutan, kena lah gua ambil alih berat lagi bahu memikul tak berat mata memandang tulis entri. Macam biasa, artikel gua memang sempoi. Gua steady jer bos suh buat kerja gua mana reti cakap tak. Kan kan kan. Baca macam …

Continue reading

MR10: Gambar & Corat-Coret

Sepanjang dua tahun kebelakangan ini memang banyak acara rali yang saya tonton, tapi MR10 saya rasa macam yang terbaik pula. Saya tahu sekutu tak berapa nak baca artikel panjang-panjang macam yang sebelum ini, tapi saya kena buat juga sebab demografi pembaca GT bukan belia 4B sahaja tapi yang berusia dan pelbagai ras. Ingat majalah Stereng …

Continue reading

MR10: Muhammad Rafiq Ketiga Piala Asia!

Rali Malaysia 2010 berlangsung dengan jayanya sepanjang 3 hari hujung minggu lepas. 3 hari dengan cuaca tidak menentu, pemenang sebenar adalah penonton yang tidak berganjak tidak kira  hujan atau panas. Alister McRae yang memandu Proton Satria Neo S2000 memulakan kempen sulung tim Proton R3 dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik [APRC] musim 2010, pada hari pertama …

Continue reading

MR10: Katsu Taguchi Juara!

Rali Malaysia 2010 [MR10] baru sahaja tamat sebentar tadi, keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut: 1. Katsu Taguchi/Mitsubishi Lancer Evo X 2. Gaurav Gill/Mitsubishi Lancer Evo X 3. Rifat Sungkar/Subaru Impreza 4. Muhammad Rafiq Udhaya/Subaru Impreza 5. Chris Atkinson/Proton Satria Neo S2000 Foto: MalaysianRally.com Ulasan bakal menyusul kemudian, penat betul hari ni. -Mak Uia-

MR10 Leg 1: Alister di Depan!

Jika segalanya berjalan lancar hari ini, pemandu tim Rali R3 Proton Malaysia, Alister McRae mungkin boleh menaiki podium Kejuaraan Rali Asia Pasifik [APRC]. Beliau kini mendahului peserta lain dalam Leg 1 dalam kejuaraan yang berlangsung di Estet Tai Tak, Kota Tinggi.

Continue reading

MR10: Perlumbaan Bermula!

Saya sekarang berada di Johor Bahru membuat liputan Malaysian Rally 2010 [MR10]. Para peserta dari pelbagai negara dilepaskan malam tadi dan nantikan perkembangan perlumbaan dari semasa ke semasa. -Mak Uia-

Tim Rali Proton Terima Jalur Gemilang di Putrajaya!

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek  pada Selasa menyerahkan Jalur Gemilang kepada Tim Rali Proton R3 Malaysia sebagai tanda bermulanya Asia Pacific Rally Championship [APRC] musim 2010 dan perakuan inisiatif pembuat automotif kebangsaan dalam meningkatkan nama negara di arena sukan permotoran dunia. Beliau turut dipertontonkan PROTON Satria Neo S2000 pada majlis tersebut. Pengarah …

Continue reading

APRC: Chris Atkinson Pandu Proton Satria Neo S2000!

Proton sekali lagi menjadi berita muka depan media dengan menandatangani Chris Atkinson, bekas pemandu Subaru dalam World Rally Championship [WRC].  Beliau yang berasal dari Australia akan memandu untuk tim Proton R3 Malaysia dengan jentera Proton Satria Neo S2000 dalam Asia Pacific Rally Championship [APRC] musim 2010. Karier profesional Chris bermula pada tahun 2003 memandu Super …

Continue reading