Saya tahu GT lebih kepada entri kereta tapi kalau siapa yang dah lama baca blog ini, mesti perasan entri yang diterbitkan tidak terhad kepada kereta sahaja, bahkan entri pasal kereta kebal pun skru pernah buat. Oleh itu hari ini saya nak cerita pasal motosikal sebabnya saya tengok sekarang ini di atas jalan, geng-geng superbike semakin menjadi-jadi. Dengan R1, R6 ataupun ER-6N bersepah merembat atas jalanraya memanglah kecur air liur. Ada sekali tu minggu lepas saya tengok ada brader ni naik superbike apa entah dekat Damansara sana, fuh! Dengan full face dan jaket memang bergayalah. Rasa macam nak turun kereta cakap “Brader, tukar motor ni dengan kereta gua nak?”
Apapun, jom kita layan Suzuki GSX-R750 ini!
Untuk pengetahuan sekutu semua, GSX-R750 adalah model terhad sempena ulangtahun ke 25 superbike tersebut. Dan untuk menjadikannya eksklusif Suzuki Great Britain [GB] akan menawarkannya atas talian [online] sahaja dan cuba teka berapa unit Suzuki cadang nak jual?
Superbike lagenda macam ini jual 25 unit saja Jo! Dan siapa cepat dia dapat, siapa lambat gigit jari atau tiru sajalah corak grafik motor ini.
Untuk mengembalikan nostalgia GSX-R750, grafiknya adalah mengikut skema warna model tahun 1996 dan dipasangkan standard peredam bunyi Yoshimura dan setiap buah motor ada nombor siri individu. Siapa nak beli motor ni tak mahal sangat harga dia kalau di UK, baru GBP 10,099 dan rasa nak buat kerja gila boleh tempah di www.imgsx-r.com
Masa kecil dulu, saya ingat lagi poster GSX-R750 tahun 1985 tergantung dalam bilik abang saya.
Sumber: Newspress/Suzuki
-Mak Uia-
17 comments
Skip to comment form
aku mmg minat jentera2 suzuki nie, sbb 2 aku masih lg mgunakan suzuki best… mmg best.
Apsal harge keta suzuki mahal,
bg owg miskin mcm gua bleh tgk je la…
Dulu masa kat U aku rempit SS2 Yamaha kompang aku dengan Suzuki RG, kena tapau RG tu
Dulu2 gua pkai sujuki RGV,
awek2 ckp gua la paling kacak kt skolah…
Gua dlu pki Suzuki Vitara..
masuk hutan xbleh..
Bwk laju xbleh..
Jimat minyak pn xbleh..
tp gua steady..
gua pakai yamaha sportII
gua pkai c70, c90, hurricane, ex5, rxz, legenda 110, wave 125 je smpi skunk…..hehe…sje nk nyibuk gak….
apapun gua ttp admire kat suzuki jimmy or jimny….senang nk panjat bukit n paling penting rodtax rm20 je stahun…bila la aku nak jumpa dgn jimny yang murah2 ni… dh stahun survey.. x jumpa lg yang berkenan
tak mampu pakai ni, pakai fxr150 pun jadila…hehe….
motor klac susah nak bwk….
gua dulu rempit suzuki txr 150 aka panther…hnfs..hnfs…
klu katagori superbike suzuki mmg dlm kamus hidup aku,tp bab moto cup x bleh blah bro..
aq pling ske skli bab mte die..dh mcm masked rider!!huhu
apa cerita pemansuhan cukai utk superbike?
pehal x de gambar moto ni hah?laptop aku rosak ke?
Dah ok, gua kasi betul sudah. Terima kasih pada diri gua bebeh.
Taun 98,99,2000 aku pakai Panther gamma…Full modified…king kat Ipoh masa tu
….ahakkkk