Subaru pada Pameran Kereta Tokyo baru-baru ini telah melancarkan model sport yang ditunggu ramai iaitu BRZ. Berkuasa 200PS dan tork maksimum 151lb/ft untuk kereta dengan berat 1,220kg, BRZ adalah kereta yang direka untuk pemanduan yang menyeronokkan. Antara formula keseronokan tersebut ialah dengan capaian graviti serendah mungkin. BRZ sebenarnya adalah projek usaha sama dengan Toyota di mana model itu turut dizahirkan dengan dua lagi kembar iaitu Toyota GT86 dan Scion FRS. Memandangkan projek itu secara langsung melibatkan Toyota yang pakar dalam bisnes kejuruteraan maka tidak hairanlah ianya berkongsi tiga jenama bagi meraih skala ekonomi. Sekali pandang ketiga-tiga model itu seolah-olah hanya melibatkan pertukaran lencana sahaja.
Subaru BRZ direka dan dibangunkan sejak dari awal lagi untuk menjadikannya sebuah kereta yang seronok untuk dipandu dengan pengendalian yang mantap di samping ciri-ciri lazim Toyota iaitu boleh dipercayai dan selamat. Pakejing enjin yang dibuat secara berhati-hati membolehkan enjin Boxer yang terkenal sebagai trademark Subaru itu dipasang rendah. Disekalikan dengan casis yang ringan serta material pembinaan yang ringan menjadikan BRZ mempunyai karakter pengendalian yang bagus. Enjin aspirasi normal (N/A) yang dipasang rendah itu menjadikan kereta tampak rendah dan lebar dengan ukuran tingginya 1,300mm manakala dan lebarnya 1,775mm. Walau bagaimanapun, kata Subaru ruang bonetnya masih selesa, memadai untuk pemanduan hujung minggu dan pemanduan harian.
Dari segi luaran, walaupun berkongsi produk dengan Toyota tetapi masih mengekalkan identiti Subaru. Pada bahagian depan, enjin yang dipasang ke bawah itu diserlahkan lagi dengan garisan bonet yang rendah dan disertai dengan arca roda yang membonjol. Ciri rekaan signatur Subaru seperti lencana enam bintang, lampu yang distingtif dan gril heksagon pula memberikan BRZ imej yang segar dan tajam. Pada bahagian belakang pula, peresap yang dominan dengan ekzos berkembar sangat jelas dipasang bagi menimbulkan efek berprestasi model terbaru daripada Subaru itu.
Interior BRZ direka untuk memastikan pemandu benar-benar menikmati pengalaman memandunya. Roda stereng bersaiz kompak supaya pemandu dapat bertindak balas dengan respon BRZ yang pantas. Kluster meternya pula mempunyai takometer dengan meter kelajuan digital yang dipaparkan pada bahagian tengah bagi memastikan data tersebut dapat dibaca dengan cepat supaya tumpuan pemandu pada jalan raya dapat dimaksimumkan. Kerusi BRZ pula direka khas dengan ciri-ciri ergonomik bagi memeluk pemandu dan penumpang dengan selamat dan selesa.
Enjin Boxer Subaru dieksploitasi sepenuhnya untuk projek tiga serangkai itu. Enjin 2.0 liter tersebut dikerjakan semula dengan Toyota dan kini mempunyai sistem suntikan terus D-4S dan teknologi liang suntikan bagi meningkatkan kecekapannya. Transmisi BRZ pula dijuruterakan untuk rasa tukaran gear yang mantap. Kotak gear enam kelajuan BRZ adalah jenis tukaran singkat yang dioptimumkan pada ketegaran, ketepatan serta beratnya. Transmisi enam kelajuan automatik pula mempunyai mode Sports untuk tukaran gear yang cepat. Mode manualnya pula membolehkan pemandu menggunakan pedal pada stereng dan penurunan gear ‘throttle blipping’ bagi memastikan pemandu benar-benar puas menggunakannya.
BRZ mempunyai casis yang ringan tetapi dalam masa yang sama tetap tegar. Ianya dibangunkan bagi memaksimumkan kelebihan titik graviti yang rendah. Casis BRZ diperbuat menggunakan teknologi besi tegangan tinggi yang paling terkini dan ianya membantu dalam membentuk karakter kereta di samping melindungi keselamatan penumpang. Bonet aluminium pula membantu meminimumkan berat badan kereta dengan strukturnya direka untuk melindungi keselamatan pejalan kaki. Selain daripada itu, kesemua varian BRZ dilengkapkan dengan sistem kawalan kestabilan elektronik bagi memastikan keseronokan pemanduan dipakejkan sekali dengan aspek keselamatan.
Kepada yang berminat Subaru merancang untuk menjual BRZ pada tahun 2012, namun hanya untuk pasaran global terpilih sahaja. Paling menarik pasaran terpilih itu termasuk negara kita.
Newspress
-Md Uia-
7 comments
Skip to comment form
Gua 1st….. Subaru + Scion + Toyota + Proton = ???
Kalau Veyron = Matpon.
Sekian.
Pre-launch tgk toyota paling cantik..
Dh launch..
Subaru yang paling memikat..
kalau harga cantik, taun dpn bleh tgk bersepah atas jalan..
3 pengeluar berkongsi satu chasis
berapa kelajuan maksimum Subaru BRZ ney
cantik dan menarik awek2…
tp, seperti biasa ianya utk org2 poket tebal jer..
org mcm gua tgk gambar dlm GT jelah..
gua tak paham tang transmisi BRZ nih.. adakah pilihan transmisi manual 6 kelajuan yg konvensional? atau semata-mata menggunakan teknologi AMT @ dual clutch SST?
dari segi design dgn layout FR nya, gua rasa ramai yg suka. Harap2 lah harganya kompetitif, jangan macam GTR35.