STE FUJI 2010: Petronas Juara Lagi!

Petronas STE Fuji 2010.003

Segar dari kejayaan Super Taikyu Endurance [STE] pusingan Suzuka pada awal bulan Jun tim Petronas Syntium sekali lagi mencatat kemenangan podium di litar Fuji International Speedway pada 27 Jun lalu, menutup bulan tersebut dengan jayanya.

Petronas STE Fuji 2010.012

Litar yang basah dan berkabus tidak menghalang tim untuk terus cemerlang, kereta BMW Z4M Coupe nombor 1 yang dipandu pelumba muda negara, Imran Zaharias Shaharom, Nobuteru Taniguchi dan Masataka Yanagida berjaya mencatat kemenangan keempat berturut-turut musim ini.

Petronas STE Fuji 2010.011

Lain pula ceritanya dengan sebuah lagi BMW Z4 bernombor 28 yang dipandu Fariqe Hairuman. Akibat masalah mekanikal pada ujian kelayakan beliau terpaksa bermula jauh di belakang, di grid ke 37. Walaubagaimanapun beliau memandu dengan cemerlang memintas dari sebuah kereta ke sebuah kereta sehinggalah ke tempat ketiga sebelum menyerahkan giliran pemanduan kepada Melvin Moh dan Tatsuya Kataoka. Kedua-dua pemandu berjaya mengekalkan momentum sehinggalah ke akhir perlumbaan seterusnya menghadiahkan satu podium 1,3 untuk Petronas! Memang hebat.

Pusingan STE seterusnya nun jauh pada 5 September akan datang di litar Okayama dan kebetulan pula semasa raya Aidilfitri.

Sumber & Foto: Team Petronas

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • pak mat tempe on 05/07/2010 at 8:44 AM
    • Reply

    taniah2…

  1. wow..dari belakang pintas sampai position no 3..tahniah farique.. tak lama lagi ada team2 jepun nak sambar dia ni

    • jelapangPadi on 05/07/2010 at 9:09 AM
    • Reply

    gila ah,race dalam ujan,gelap pulak tu,kalau matpon ujan2 mcm ni tido jela yg dia tahu…

    • on 05/07/2010 at 9:16 AM
    • Reply

    Hebat2 kete no 28 ni…dari belakang pun leh dpt no.30…kalo dari depan…mesti champione…Syabas inspektor sahab…syabas..

    • on 05/07/2010 at 9:17 AM
    • Reply

    Alamak silap…no.3 bkn 30…hehe..

    • C27 on 05/07/2010 at 9:18 AM
    • Reply

    huh..lu orang boleh bayangkan tak berapa banyak litar yang ada kat Jepun tu?

    • satria_standard on 05/07/2010 at 2:25 PM
    • Reply

    perghh..driving skill mmg mantap ler..jauh dr blakang blh pg no 3..wowooooow..

    • jual air soya on 05/07/2010 at 5:19 PM
    • Reply

    giler ahh…starting no 28 pn leh dpt no3,klu start dr no3 mst dpt no-28 pnyer..champion sgale champion..

    • azwan nbs on 06/07/2010 at 5:00 PM
    • Reply

    dasyat….

    • belalang_kontot on 08/07/2010 at 8:39 PM
    • Reply

    pergh…….tahniah!

    • Blood on 09/07/2010 at 11:27 AM
    • Reply

    haha..lu lawak la “jual air soya”…. Syabas Malaysia.. ada Siapa2 tahu x info pasal AFOS (Asean Festival of Speed)..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.