Entri dalam GT sekarang ni dah semakin Mat Saleh, sebelum ini ada kereta Ford Flex, Ford Mustang BOSS dan Scion. Sekarang ini saya tulis pasal Smart pula, barulah pengaruh barat sikit. Entri kali ni bukan suka-suka saja ni, silap-silap boleh jadi kaya sekejap dan saya yakin orang tempatan boleh buat punya ni. Khas untuk mereka yang berbakat seni ataupun yang selalu kena kutuk sebab selalu melukis benda merapu masa inilah nak salurkan kebolehan pada jalan yang betul.
Senang cerita kalau sekutu semua ada bakat, kemahiran dan minat gila dengan rekabentuk automotif apa kata masuk pertandingan melukis kereta Smart Fortwo. Serius ni bukan main-main sebab yang bagi siaran media ni pun Smart dari Stuttgart, Jerman sana.
Kita baca sikit apa kata Encik Marc Langenbrinck, Pengarah Urusan dan Ketua Jualan dan Pemasaran Smart, “Dalam hubungan harian kami dengan pelanggan, kami mengetahui yang mereka sangat ghairah dengan Smart. Ramai dari mereka yang ubahsuai kereta dengan aksesori yang ditawarkan kami. Ramai juga yang buat lebih dari itu pun. Jadinya kami pun ingin turut serta juga. Pertandingan ini menawarkan semua pemandu Smart dan peminat satu platform untuk menzahirkan ekspresi kreativiti mereka.”
Para peserta boleh buat apa saja mengikut imaginasi mereka. Dan paling sedap sekali ada peralatan grafik dalam laman web untuk ubah warna dan bentuk dan lepas tu pula boleh bincang sesama sendiri selain boleh menilai rekabentuk orang lain. Idea yang menarik ni ditimbulkan oleh pekerja Daimler sendiri dan terpilih dari 1200 idea yang dicadangkan. Cerita banyak tak guna, anda boleh baca keterangan pertandingan di bawah ni:
1. Nak cari “Coolest Smart design”
2. Dibuka dari 6 Januari 2010 hingga 23 Februari 2010 untuk peserta seluruh dunia.
3. Juri bebas akan menilai pemenang berdasarkan PENILAIAN KOMUNITI.
4. Pemenang akan diumumkan pada 26 Februari 2010
5. Yang paling sedap sekali hadiah dia ialah sehingga €5,000!
6. Berminat? Silakan ke: www.smart-design-contest.com
Selamat berjaya dan andaikata menang jangan lupa kami di GT. Belanja skru [kecuali Matpon] pergi Langkawi menarik juga.
Sumber: Daimler
-Mak Uia-
ps: Matpon, lu tunggu apa lagi, cepat ambil lu punya sempoa kira berapa 5 ribu Euro tu.
19 comments
1 ping
Skip to comment form
Ahhh..nama pun macam gua. Smartpon. Apa cer kete nih?
nmpak sgt kete ni tak best bile name pun dekat2 dgn matpon…..
hadiah masuk pkai bank ape r…
kalau aku masuk n menang, aku bawa geng2 GT ke jerman sana.bulih mintak otograp ballack.
http://ruangvakum.blogspot.com
smart juga smart ni…
yeaargghhhh.. tengah perah idea ni…..
argggg tengah perah idea….
MAT PON LG SMART DR SMART…
klu kte tkar smrt ni jd mcm kancil bard cara x? hahaha pastu antar competion..hahaha
nama smart memang smart
tp x tau selamat ke x
kena langar kt bas sani ekspress
grenti selamat jalan
Gua nak ubah muke depan jadi Veyron Matpon. Amacam?
aiseh.x reti la nak design..keta lembu bulih la
Setelah gua menelaah dezain dalam website tu tadela susah sangat pun. Gua malas je nak riak. Hnssss Hnssssssss Hnsssssss. Nasib krayon gua habis dakwat.
wlwh…tak reti ckp je la matpon..hahaha
Akum.. aku dah desain 4 bijik.. pakat2 r sokong reramai.. dapat 5k pound aku banje stiker Gear Tinggi ! 😀
tengok sini yep : http://www.smart-design-contest.com/idea-details/index/mode/idea-details/ideaId/516
Ws. Dah tengok, boleh tahan, tapi kalau boleh tak perlu guna gambar perempuan. Kitaorang dengan artis memang tak berapa into heheh. 🙂
sape la nk bli kete berdesignkn oleh ko fade..hahaha
Mak Uia : hehe.. artis neh kekadang byk sgt lakonannye walopun dorg xde dalam set.. 😛 . hm kalo cam2 tgk desain g satu.. tapi neh lebih pade girl design ler.. http://www.smart-design-contest.com/idea-details/index/ideaId/2010
myvi pinjam : hohohoh.. hmm.. konpem bukan ko r.. heheh
krayon pon ade dakwat ke matpon…..mane ko dapat….rare ke..
[…] Januari lepas saya ada terbitkan satu entri mengenai peraduan Style Your Smart. Peraduan tersebut berjaya menarik lebih dari 8,000 penyertaan dari lebih 100 negara dengan lebih […]