Trend kereta sekarang ini boleh dikatakan berwarna terang-benderang. Kereta warna lembut dikombinasikan dengan rim warna kontra seperti oren betik atau hijau daun pisang.
Walaupun trend ini diikuti oleh kaki kereta nampaknya pengeluar seperti Smart tidak mahu tertinggal kapal dengan memperkenalkan edisi terhad Smart Fortwo Nightorange Edition.
Interior Smart ini turut tidak kalah dengan luaran yang menonjol dan menarik perhatian ramai, kerusinya dibalut kulit nappa dan fabrik dengan sulaman warna jingga dan juga jaluran jingga pada kerusi dan papan pemuka. Balutan kulit nappa diteruskan pada stereng 3 kaki dan tombol gear manakala papan pemuka, kemasan pintu, jam dan meter rpm diwarnakan hitam matt.
Hanya 235 unit Smart Fortwo Nightorange akan dijual dengan opsyen coupe atau coupe di UK. Smart ini dikuasakan enjin petrol 999cc berkuasa 71 bhp. Harganya bermula daripada GBP 9,995.
-Mak/d Uia-
4 comments
Skip to comment form
mahey x hengat nih……..
Cikgu
dah la mahei…kecik…pastu boleh naik 2 org jer…haha
harga saing2 neo…hehe
harga kat sana ok ler, bila bawak masuk sini jer jd x ok…