Minggu lepas saya menulis mengenai R-Class, kereta Merc untuk keluarga manakala entri kali ini pula adalah tentang SLS AMG GT3: kereta Merc untuk berlumba!
SLS versi perlumbaan ini dibina mengikut spesifikasi GT3 FIA untuk pelanggan yang ingin berlumba biasa-biasa dan perlumbaan jarak jauh. Di sebalik pembinaan kereta ini ialah subsidiari penala Merc iaitu AMG yang berkerjasama dengan HWA AG, penala DTM untuk Mercedes-Benz Motorsports.
SLS AMG GT3 mengimbas kembali sejarah model 300 SL pada tahun 1952, kereta lumba dengan pintu burung cemara [gullwing] yang memenangi perlumbaan jarak jauh Carrera Panamericana dan juga menaikkan nama firma dari Stuttgart tersebut di Amerika tengah dan utara. Kereta baru ini adalah lebar, rendah dan memang nampak racing. Fokus utama modifikasi badannya ialah prestasi aerodinamik seperti yang terdapat pada apron depan dengan pemecah angin, saluran sejukan udara ditengah bonet belakang dan sayap yang lebih lebar pada bahagian depan, belakang dan panel sisi depan dengan sisik angin. Skirt sisinya pula ada corong penyejukan untuk brek belakang, bahagian bawah dengan diffuser belakang dan spoiler belakang boleh laras. Kesemua ciri-ciri ini menghasilkan daya seretan rendah dan downforce yang maksimum di samping menjamin penyejukan suhu kereta. Pada tiang C pula adalah corong minyak untuk pengisian yang lebih pantas.
FIA akan menentukan output maksimum enjin AMG 6.3 liter V8 untuk memastikan kesemua kereta lumba mempunyai kuasa yang sama. Transmisinya ialah 6 kelajuan sequential perlumbaan dengan paddle shift. Seperti SLS AMG versi jalanan, transmisi di pasang pada gandar belakang dan kuasa ‘disambungkan’ dengan enjin menggunakan shaft gentian kaca. Suspensi pula adalah jenis double-wishbone dari bahan forged aluminium manakala brek perlumbaan dari besi komposit dengan ABS digunakan bagi memastikan kereta dapat diperlahankan dengan cepat dan selamat.
Interior SLS ini seperti kereta perlumbaan lain, ada sangkar keselamatan [rollcage] yang ‘mengetatkan’ lagi spaceframe aluminium. Sabuk keselamatan pula jenis enam point dengan HANS [Head and Neck Support]. Meter bacaan seperti kelajuan, rpm, suhu, masa pusingan dan seleksi gear pula dipasangkan pada tengah pandangan pemandu. Pada konsol tengah pula dimuatkan alat kawalan untuk pemandu seperti suiz enjin, pengubah kawalan traction dan butang gear undur. Kalau-kalau ada kecemasan, butang pemadam api pun ada sekali di bahagian sama.
Mercedes SLS AMG GT3 hanya akan siap untuk musim perlumbaan 2011 dan semasa menulis ini saya asyik bayangkan yang kereta ini bakal menggantikan BMW Z4M Coupe tahun depan. Iya, untuk tim Petronas Syntium.
Foto: Newspress/Mercedes
-Mak Uia-
7 comments
Skip to comment form
Gua 1st, pehh kalolah keta merc nie herga mcm gen 2 dh lama aku tempah 4 biji buat pegi paso, hahahaha
nie kalau dapat beli,kluar je dari showroom,terus rempit pegi sepang …gi cabar pagani zonda anak dr.M…
h369 –
dapat jd CDM pun blom tentu bleh beli nie..heheh
Pergh…best…Ini la kete keselamatan untuk F1…
hai mmg keta keluaran german mmg mantop2 semua.
jelapangPadi-
e2lah pasalnya kalo keta herga mcm gen2 dh lamo den boli. hehehehe
macam kete kontrol yg jual kat tesco jer…
dah populer pulak lampu memanjang ke blakang ni.. bukan skyline start dulu kew
dia ikut generasi…