Limosin atau pun nama mesranya, Limo merupakan kereta sedan mewah yang mempunyai wheelbase yang lebih panjang daripada kenderaan sedan biasa. Dan tahukah Sekutu biasanya Limo ini hanya disembur dengan cat berwarna putih atau hitam sahaja bagi menampakkan gaya eksklusif.
Untuk makluman Sekutu, saya telah berpeluang untuk melihat secara dekat Limo putih ini sewaktu berkunjung ke Pulau Pinang minggu sudah. Untuk orang biasa-biasa macam saya ni, dapat melihat Limo sebenar [Teksi KLIA pun turut dipanggil Limo, padahal guna kereta Waja sahaja] merupakan perkara yang cukup asing. Dahulu kala, Proton turut pernah mengeluarkan Proton Limo, menggunakan platform Saga/Iswara. Malah Proton Limo ini turut pernah digunakan sebagai kereta rasmi mantan Perdana Menteri satu ketika dahulu.
Dapat dilihat Limo ini kelihatan agak panjang, tetapi sebenarnya memang panjang sungguh. Apa yang diberitahu oleh rakan, Limo ini dimiliki seorang yang berpangkat Dato’, yang juga merupakan bapa mertua kepada artis/pengacara saluran tv berbayar. Sewaktu bersembang dengan Pengawal Keselamatan tempat saya dan tuan punya Limo menginap, Limo ini turut dilengkapi dengan Sistem Hiburan Dalaman [ICE] yang canggih.
Kalau Sekutu perasan, Limo ini juga merupakan bukan sebarang Limo kerana kebiasaannya Limo ini merupakan kereta sedan, tetapi Limo ini lebih berimejkan kereta wagon dibahagian belakangnya. Sesuatu yang agak menarik.
P/S: Maaf, saya memang tak berani nak letak nama sebenar Limo ni bimbang tersalah bagi nama. Namun saya syak, Limo ni berketurunan Bentley berdasarkan carian imej di internet.
-C27-
25 comments
Skip to comment form
Panjangnyer…….
panjang tuuu…senang kalau bawak gi shopping leh bli lima nam gulung karpet kat jakel & udani
Kalo ikut lambang/emblem kat depan, ni memang dr model Bentley. Berapa jutalah agaknya harga kereta ni? Bentley yg sedan pun, kat Malaysia semua atas RM sejuta.
erm…kalo x salah nama die chrysler ape bende nth..
Bro… lu salah bro Ini kereta Chrysler Crossfire 3.2 V6.. USA mali.. Bentley biasanya lampu bulat 2 bijik kat depan.. Hahahaha bangga gua dapat betulkan…
gua support datsun buah kana gua pnah nmpak kete ni kat sepang
nnt lu dpt jumpe limo hammer h2 plak.. hohoo. sudah ade kt malaysia
boleh buat rumah bergerak…kat kemaman trgnu aku npk yg sedan nyer…betul tu datsun mmg model ni model cestlerrrrr…hahahaha
Kaye…kaye…kaye raye
pandai btl korg nie…
utung korg dpt tgk…
aku pun nk tgk gak…
wau!i like!!!
proton pun ade gak kuarkan wira aeroback limosin…
seb baek mase ade orang nak jual tu umo wira tu dah lebih 10thn…
kalo leh wat loan, mst nickname gua jadi belalang_kontot_limosin…hehehe…
Kalo Chrysler, berapa pulak la harganya???
Aku yakin, owner dia beli cash…
panjang tul kete ni
seumur hidup ni lum bertentang mata lg..
model ni kt singapore ade…. tpi model 4 pintu… yang ini btol2 rare…. hummer h2 limo penah jumpa kt thailand… panjang btol2 panjang limonye… x sempat amek gmbr
kalau bahasa omputeh= limo
kalau namo melayu eh = lomang
ps- gua teringing nak welding myvi gua dgn 4 biji myvi lagi camne rupanya jadi limo ?
sepat,
lu try tanya ACE sdn bhd.diorg yg watkan proton nye exec/limo.nnt kalo da jadi myvi limo lu,jgn lupe suh baii masuk MK..hehe…
http://www.eon.com.my/section.cfm?id=165
ni bukan crossfire. keta ni base pada chrysler 300C. mungkin custom made kot. pasal 300C limo biasanye bontot cam sedan. tapi kan, ini olang memang manyak kaya punya. dia ada anak pompuan tak? cantik tak? hehe…
baba-blacksheep..dier punyer anak pelempuan sulah kawin ma…sama itu tv astro punyer pengacara…tunggu dier cerai dulu…kekekeh
nihh…kete YB DATO SERI SUHAIMI……keta nihh klau x salah lebey kurang 1.5 m……
perghhh..Chrysler C300 lime woo…
damn..org2 temasik buat teksi je kt sana joo…tpi yg sedan la..hihi
bro yg ni brand Chrysler dan bukan Bentley.. lambang mmg seakan bentley tp lain..yg ni kereta USA..stereng pun mesti left hand drive punya..
salam..
keta ni xde roadtax jo.
bukan bentley ni, chrysler ni
Chrysler 300C