Mula-mula Honda tarik diri dari Formula 1, kemudian batalkan model penganti NSX dan sekarang ini Honda Civic Type R empat pintu pula ditamatkan terus produksinya. Type R ni memang kereta sport purist, hardcore dan memberikan keseronokan kepada pemandunya. Generasi pertama dilancarkan pada tahun 1997 dan dibuat di Suzuka. Generasi kedua dilancarkan pada tahun 2001 dan dibuat di UK, kemudian generasi ketiga pada tahun 2007 dan kembali dipasang di Jepun.
CTR generasi ketiga merupakan model pertama yang diimport secara rasmi oleh Honda Malaysia dari Jepun dan untuk pengetahuan sekutu, selepas bertahun-tahun menulis sambilan di KERETA, pelancaran CTR adalah majlis pertama saya hadir bersama Baii dan kemudiannya saya ‘terserempak’ pula dengan kereta ini di Bandung, Indonesia. Tapi yang itu di bawa masuk oleh pengimport kelabu [grey importer].
Type R adalah kereta basik yang ditala untuk memberikan ‘feel’ yang sama seperti kereta perlumbaan. Pertama kali ditawarkan pada NSX tahun 1992, varian Type R kemudiannya ditambah pada Integra pada tahun 1995 dan Civic pada tahun 1997.
Pastinya CTR akan jadi kereta ‘rare’ lepas ini dan siapa yang ada RM200k boleh saja tempah sebelum produksinya tamat pada penghujung Ogos tahun ini.
Foto: Honda
-Mak Uia-
22 comments
Skip to comment form
goodbye!!!
jadi mcm ae86 nanti ni…
fd2 ada lagik. beli satu konbet la fd2r
saper2 yg ada keter ni akan dtg mesti leh jual dgn harga yg tinggi..pergh..best tuhh keter nie
Best nya wording ni”siapa yang ada RM200k boleh saja tempah” macam sebut RM2.00 jer :). Tapi kalau ada memang syiok eh dapat beli CTR 🙂
dengar2 Honda EX5 pun nak stop production gak..
Honda cup C70 pun cukup rare skrg
Gua ade sebijik motor kapcai C50 lampu bulat…antara yg paling “rare”…gear 1 tekan belakang tu…wa cakap lu…gear ade 3 jer…gear 3 pun boleh wheelie lagi…hebat2…
jgn mimpi r kwn nk beli fd2 pas2 nk convert…
halfcut pn nak tutup thn dpn…
pkai ctr dlm mimpi je r bro…
Gua ade sebijik motor kapcai C50 lampu bulat…antara yg paling “rare”…gear 1 tekan belakang tu…wa cakap lu…gear ade 3 jer…gear 3 pun boleh wheelie lagi…hebat2…
apsal amy ngn caparzo ayat sme….apekah???
honda akan jadi pengeluar kereta-kereta lembut lepas ni. sama macam toyota sekarang.
Ni ape hal kopikat ayat gua?…Ape cer..??
dah dia nak cakap macam tu jugak…..
uuwala wei…kenape? kenape? aku baru berangan nk tangkap..200 hinggit x pe la..tu la org cakap jgn masuk F1.membazir..pas ni pakai honda cup jer la….cam caparzo
mengapa perpisahan yang kau pinta????
Honda Freed dah launch…Layan mini MPV la plak…Rege dah lebih kurang Jazz MyviTec sepat jer…hahaha…
bye bye CIVICLUTION
Gua ade sebijik motor kapcai C50 lampu bulat…antara yg paling “rare”…gear 1 tekan belakang tu…wa cakap lu…gear ade 3 jer…gear 3 pun boleh wheelie lagi…hebat2…
berape kali nak ulang ayat nie…..??????
Civic Minded
azwan nbs
ntah la belalang…