Seat Alhambra

Seat Alhambra.010

SEAT adalah unit dari kumpulan VW, jadi produknya adalah pakej semula VW. Sebagai contoh, MPV terbaru Alhambra yang banyak berkongsi dengan VW Sharan. Jadinya kalau tak nak beli VW atau rasa VW tu mahal boleh beli SEAT, kalau tak nak beli Golf boleh beli Ibiza cuma bezanya SEAT ni asalnya dari Sepanyol dan WV macam yang kita tahu dari Jerman. Sebab itulah juga datangnya nama Alhambra – daripada Sepanyol.

Seat Alhambra.003

Seperti Sharan, dalaman Alhambra adalah luas, ada dua pintu gelongsor dan enjin kecil tapi berturbo. Paling bijak sekali adalah kerusi penumpang yang memang muat betul untuk 7 orang, setiap seorang ada kerusi masing-masing dan tak berkongsi dengan orang sebelah.

Enjin dia memang kecil, iaitu 1.4 liter sahaja tapi ada turbo, walaupun kecil tapi kuasanya adalah 140 kuasa kuda dan kalau siapa yang nak lagi jimat boleh pilih yang besar sikit, 2.0 liter diesel. Dan seperti VW, pembeli boleh pilih opsyen klac berkembar DSG.

Seat Alhambra.002

Berbanding desain VW yang straightforward, saya suka Alhambra ni sebab desain dia nampak lembut. Cuma itulah, jenama SEAT ni tak ada lagi jual di tempat kita, dan pada saya memang patut dijual sebab ianya alternatif murah kepada VW yang memang ramai orang kita idam-idamkan.

Macam Myvi, dia laku sebab dia macam Jazz dan lagi murah.

Foto: Newspress/SEAT

-Mak Uia-


Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

    • ridzuan on 30/04/2010 at 8:08 AM
    • Reply

    mantop seh…

    • on 30/04/2010 at 9:13 AM
    • Reply

    MyViTec Sepat made in Thailand murah ke?…Hehehe..

    • slimershine on 30/04/2010 at 12:35 PM
    • Reply

    sempurna sifat..

    • carragher27 on 30/04/2010 at 12:48 PM
    • Reply

    CaparZo
    dia punya CBU.. mahal skit la kot

  1. woi jazz mahal siol.. saper yg ckap murah tu mmg berduit lebey laa..simpanan tabung haji + asb + public mutual baru ler nak merasa brand jazz ni tapi kalau myvi.. takyah bayar deposit pun boleh pakai ! pada aku myvi the best!! huh!

  2. produk terbaik VAG…tahniah Seat!

    tapi apsal takde plak orang komen keta ni ‘duplicate’ VW? mcm diorang komen Perodua ‘duplicate’ Daihatsu. Bias sungguh.

    Ako rasa la, orang yang cakap ‘duplicate’ tu pun tatau makna ‘duplicate’ kot?

    • on 01/05/2010 at 12:46 AM
    • Reply

    Ceh di mana ada sepat pasti ada kuali semalam gua borak-borak pasal ikan member gua cakap sepat lagi sedap dari puyu. Gua nasihat kali 500 kuasa 38.

    Jgn caya kata nista sepat ok.

    Ah gua tengah fikir ni ada org nak duplicate performance Veyron. Dengki la tu.

    • mesinrumput NOS on 01/05/2010 at 11:11 PM
    • Reply

    Gua dh lama check kt internet psl keta Seat ni,klau perasan keta jenama ni slalu main dlm BTCC,menang lak tuh.!!Xsilap yg kt BTCC tu Seat Leo.Klau la wat msuk kt cni,kot xmmpu beli pun leh tgk melintas dpn mata pun jd laa..ngee..

    • azwan nbs on 02/05/2010 at 9:59 AM
    • Reply

    luas giler….

    • pembaca on 02/05/2010 at 5:52 PM
    • Reply

    mmg luas …

    takperlah…kito tunggu exora turbo pulak ..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.