Sebulan dua ini entri dalam GT tak berapa stabil. Kitaorang sibuk tahap ekstrem sebab macam yang lu orang tahu skru GT menulis separuh masa. Kita orang ada kerja lain untuk sara diri dan keluarga. Tambah lagi, Syuk, Baii dan saya buat Garaj Kosmo. Saya minta maaf kalau ada yang tertunggu-tunggu entri baru.
Jadi, untuk selesai masalah ini saya nak buka GT pada mana-mana sekutu yang nak cuba jadi penulis. Kalau tak reti tak apa, yang penting ada sikit bakat, kemahuan serta minat. Cuma satu hal, kerja menulis ni tak ada gaji, kalau GT ada pendapatan stabil boleh la hulur sikit tetapi setakat ini banyak yang keluar duit sendiri. Kalau ada rezeki lebih insya Allah boleh la kongsi sikit-sikit.
Siapa yang berminat nak sertai GT boleh la emel: geartinggimedia@gmail.com, kalau boleh hantar la 2,3 perenggan artikel sekali.
12 comments
Skip to comment form
ok, nantikan kemunculan artikel pertama dari gua..
Ooo. bleh try ni wat karangan.. al maklumlah kan time sekolah dlu BM xpenah pun dpt A. dpt B pun kire expert dah tu..
saya dah email, check lerrr…
Author
Encik padil
Gua dah baca, lu tulis sebarang topik yang minat.
Lupa nak tambah, siapa yang berjaya tu ada peluang untuk pergi acara pelancaran/pandu uji. Gua memang tak sempat nak pergi.
gua tengah mencari gaya penulisan..tulis 2-3 patah delete balik
sesungguhnya gua ni reti membaca sahaja….(amacam bleh jadi penulis tak???)….jhjahhahahaha
Akan aku usahakan…
Sepat,
ni lah masanya ko nak buktikan yg ko bukan saja pengkomen, tapi penulis gak
Alteja
Gua pun mcm skru GT.. ada anak pokok, anak tekak, anak kunci, anak ikan, anak padi, anak kucing, pokok pangkal segala anak2 nak kena sara maklumlah yg kat atas nuu sibuk polish cincin ..gua nak bukak kedai polish kereta pun tah bila jayanya.. jadi utk menulis ni memerlukan ketenangan alam.. jadi kalau merapu mcm gua ni hantar artikel boleh menimbulkan maslahat umat kehkehkeh
nantilah .. kalau ada pantun 4 kerat gua email laa itupun kalau matpon sudi kalau tak ..siap dia gua sembur gas pemedih mata!! haha
Sebenarnya gua tak eran dengan isu ini sebab gua tak jeles. sekian. gua sebagai blog moderator ada kuasa nak ban artikel lu orang. keh keh keh.
gua xminat nk tulis2 psl kete nih..tulis psl kapal selam gua minat la…
Sepat
Aku rasa memang nak sembur gas pemedih mata kat Mat Pon ni…
Mat Pon, ko tunggu artikel dr aku……….
Sesungguhnya apa yang gua komen ni adalah dari hati nurani gua. Oleh itu apa tah lu orang carilah kat komen gua lagi satu. Sekian.