Sebastien Loeb sekali lagi berjaya mengukir kejayaan buat dirinya dan pasukan dengan mengungguli Rali Finland yang telah berlangsung hujung minggu yang lalu. Ini kemenangan kali kedua sejak memenanginya pertama kali pada tahun 2008, di mana Rali Finland ini kebiasaannnya didominasi oleh pemandu tempatan. Tahun lalu Rali Finland ini dimenangi oleh Jari-Matti Latvala di mana beliau hanya mampu menduduki tempat kedua sahaja pada kali ini.
Rali Finland ini yang sememangnya dikenali sebagai rali yang mempunyai permukaan “gravel” dengan kelajuan tertinggi dan diakui sukar bagi pemandu yang bukan berasal dari Negara Nordic [Negara Nordic ini terdiri daripada Negara Utara Eropah; Finland, Denmark, Iceland, Norway dan Sweden]. Rali Finland ini turut menjadi tumpuan bekas Kapten Pasukan Bola Sepak Finland dan pemain pertahanan lagenda Liverpool, Sammy Hyypia, di mana beliau berpeluang untuk menaiki “Taxi Ride” bersama pemandu Ford, Sheikh Khalid Al Qassimi.
Pun begitu, Sebastien Loeb membuktikan kehebatannya dengan mengenepikan rakan sepasukannya, Sebastian Ogier pada hari sebelumnya diikuti rapat oleh pemandu Ford, Jari-Matti Latvala. Ogier terpaksa memperlahankan jenteranya akibat daripada masalah tayar dan ini memberikan peluang kepada Latvala memintas di tempat kedua secara keseluruhan.
Penampilan Petter Solberg pula menamatkan di tempat kelima secara keseluruhan dan Kimi Raikkonen pula sekadar menduduki tempat kesembilan yang jelas mengecewakan prinsipal pasukan Citroen. Pusingan berikutnya akan berlangsung di Jerman pada bulan puasa nanti.
Foto: Newspress
-C27-
8 comments
Skip to comment form
Gua 1st memandangkan gua yang edit posting ni so min kalau lu dapat komisyen jgn lupa bahagian 90% gua. sekian.
kehkehkeh..gua bajet dah..tadi nak tanya, call lu asyik bz takmo jawab..tq Matpon
C27 telah bersekutu dgn Mat Pon. Okla, utk artikel ke-2
Min…sejak biler tulis posting untuk GT ni?
CaparZo
gua cuma tolong Matpon aja..dia asyik bz dengan majlis berbuka puasa..
Alteja
kalau rasa tak best, bagitau aja gua..gua baru nak belajar menulis ni
woi C27 bos gua garang gua saspek baik lu resign 24 jam. sekian. ok salah. sori bos. bos gua cerewet je. sekian.
C27
Bagi aku penulisan ko OK dengan lenggok bahasa yang tersendiri. Teruskan beb…
Mat Pon
Lo jangan marah C27, dia junior lagi. Ragging je dah la…
Woit…citer psal citroen sebastian loeb tp rupa2nya korang leh sembang2 plak ek…siap nak tuka2 hp no plak ni…apa cer ni??? Igt rancangan Jejak Kasih ke haper???
Citroen/Pug punyer la byk menang World Rally tp keta derang x plak famous mcm Evo Lancer, Subaru…yg dh berkurun takkkkkkk menang2…Eleh sebenonyer, Evo n Subaru tu x la sepower maner…mamat2 keta kt Msia je yg berlebih2…Bia la suzuki ada gak menang WR Junior…