Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Selama ini kalau saya boleh generalisasikan, kebanyakan modikasi kereta adalah berkenaan kelajuan semata. Selalunya ialah berapa banyak kuasa boleh ditambah untuk kereta pergi lebih laju sebabnya kita mahu berada di depan orang lain. Aku potong kau dan kau potong aku. Semuanya mengenai kelajuan jalan lurus dan terkedek-kedek untuk masuk selekoh atau terkial-kial bila hendak berhenti. Berapa banyak di luar sana, kereta turbo tapi brek macam siput atau kereta Vtec yang memekik di jalan lurus tapi tak berapa into nak masuk selekoh.

Kenderaan edisi terhad [LEV] keluaran R3 yang diketuai oleh Tengku Djan menulis semula peraturan modifikasi lokal. Ianya bukan mengenai kelajuan semata tetapi bagaimana anda mengawal kelajuan.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing002

Sejak dari Proton Satria R3, kereta keluaran R3 tak adalah laju sangat, sekadar laju dan bertenaga lebih sedikit dari model standard sahaja tapi kalau anda memandu uji kereta-kereta R3 anda pasti tersenyum dan memuji mereka yang membinanya, ride and handling memang terbaik dan bila itu berlaku, seperti dikomen oleh seorang sekutu sebelum ini, man & machine becomes one. Pemandu mengawal karakter kereta dan bukan sebaliknya. Kereta yang sedap dipandu adalah yang kita boleh kawal. Sebagai contoh, saya mungkin sukakan Proton Satria GSR tetapi secara jujurnya saya lebih selesa dengan Satria 1.3 sahaja sebab kuasanya yang boleh saya kawal.

Dan oleh sebab itu, R3 melabur besar dalam Proton Satria Neo R3 Lotus Racing, brek dan suspensi yang dipasangkan pada model ini adalah di luar dunia. Tak ada lagi kereta dalam kelas hatchback entry level dipasangkan dengan AP Racing yang sinonim dengan Ferrari atau suspensi Ohlins yang biasa terdapat pada motosikal berkuasa tinggi. Dan kedua aksesori eksotik tersebut bersesuaian dengan imej F1 yang ingin dibawa.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Disebabkan nama Lotus yang dipegang oleh Proton ini, wajib ada ciri-ciri yang menepati falsafah Anthony Colin Chapman, kereta perlu ringan tetapi dalam masa yang sama struktur badan kuat. Jalan mudah ialah membuang segala besi yang ada. Bonet, skirt sisi, spoiler bumbung dan fender menjadi mangsa, kesemuanya ditamatkan perkhidmatan dan digantikan dengan bahan dari gentian kaca, kesemua ini menjadikan berat kereta menjadi negatif 62 kg daripada 1150kg.

Apabila Proton melancarkan enjin Campro CPS, saya selalu berfikir bagaimana R3 akan menala enjin tersebut. Mereka berjaya menala Campro kosong hingga menjadi juara perlumbaan sekitar Asia Tenggara dengan menewaskan Vios, Jazz dan lain-lain. Dan segalanya terjawab melalui model ini. Sistem pengawalan enjin [EMS] telah diprogramkan semula [tukar chip?] membolehkan rpm puncak naik kepada 7,000 dan tujahan puncak meningkat daripada 4,500 rpm kepada 5,000 rpm. Ini bermakna, kereta ini lebih gagah dengan tarikan [atau pekikan CPS] lebih panjang. Toyol lain yang ditukar ialah camshaft, alloy under-drive pulleys dan apalah enjin tanpa modifikasi ekzos. Header ditukarkan kepada jenis titanium [!] dan batang paip dari besi tahan karat. Sistem pernafasan juga dirombak semula dengan penggunaan penapis udara K&N dengan saiz kotak udara lebih besar dengan bahan gentian kaca. Hasil dari modifikasi diatas menjadikan kuasa Campro CPS meningkat dari 125 bhp kepada 145 bhp, tujahan dari 150 Nm kepada 168 Nm. Prestasi dari pegun ke 100 km/j pula 9.2 saat dan kelajuan maksimum 200 km/j. Masing-masing 1.3 saat lebih pantas dan 10 km/j lebih laju dari CPS standard.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing003

Proton juga mendakwa, aerodinamik Neo CPS R3 LR ini lebih baik. Bahagian depan kereta menyebarkan angin dengan lebih efisien ke seluruh badan kereta dan mengurangkan turbulence dan seretan. Hasilnya ialah kereta lebih stabil pada kelajuan tinggi dan tertekan ke bawah [downforce] apabila udara kurang melalui bawah kereta. Diffuser yang terdapat pada bumper belakang juga turut membantu pengaliran udara yang turut mengurangkan seretan kereta.

Hero dan heroin yang terdapat pada model ini adalah sistem suspensi dan brek. Set Ohlins DFV [Dual Flow Valve] dipasangkan dengan spring dengan kadar damper talaan R3. Ketinggian kereta dilaras lebih rendah, bush tahan lasak digunakan dan geometri suspensi turut diubah bagi memberi lebih feel kepada pemandu. Dan kereta ini begitu hebat hinggakan stabilizer bar tidak diperlukan. Sistem brek luar dunia yang digunakan adalah AP Racing 4 pot dengan cakera ventilated di depan dengan brek cakera standard di roda belakang. ABS dan EBD masih dikekalkan. Rim yang digunakan adalah dari jenama Advanti bersaiz 16 x 7 inci dengan tayar RE001 Adrenalin 205/45 dari Bridgestone.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing012

Pada bahagian dalaman pula, tiada teknologi baru selain dari butang start yang hanya berfungsi apabila kunci dihidupkan. Selain dari itu ialah skema warna hijau pada panel, efek gentian kaca pada stereng dan balutan kulit Nappa pada kerusi. Aksesori lain ialah paddle minyak, tombol gear dan karpet dari R3.

Untuk makluman sekutu, status mukabuku [Facebook] Tengku Djan semalam menyatakan yang Proton Satria Neo R3 Lotus Racing hanya tinggal beberapa unit sahaja dari 25 unit keseluruhan. Mungkin esok atau lusa dah habis. Walaupun Neo ini berharga RM 115 ribu, anda harus fikir nilai yang terdapat pada model ini. Walaupun kita boleh plug and play sahaja barangan aftermarket tetapi adakah barangan tersebut seirama dengan kereta. Neo ini mahal sebab anda mengupah Tengku Djan dan rakan-rakannya yang lain untuk menala dan membayar kepakaran dan kemahiran mereka.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing004

Kereta ini adalah mengenai simbol dan status dan minat yang tinggi. Antara LV dengan Bata, antara Porsche dengan Nissan, antara Gallardo dengan Evo 10 atau antara 3 series dengan M3.

Selain dari itu, kit badan seperti ini mungkin boleh didapati di kedai aksesori tetapi sebelum itu cuba tanya pada ustaz atau ustazah apa hukum menggunakan barang cetak rompak.

Sumber foto: Proton

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

56 comments

Skip to comment form

    • Sekeru Longgaq on 01/04/2010 at 8:07 AM
    • Reply

    memang terbaik…

    • brianbadboyz on 01/04/2010 at 8:33 AM
    • Reply

    btol3

    • Alan on 01/04/2010 at 8:40 AM
    • Reply

    haram pakai barangan cetak rompak

    • carragher27 on 01/04/2010 at 9:15 AM
    • Reply

    gua suka ayat terakhir tu..ala-ala agama skit..

  1. kaler ijau tu nama dia british racing green, kan? kalau xsilap gua la…

    • piqie on 01/04/2010 at 10:09 AM
    • Reply

    pegh..!!!! dsyt r……

    • satria_standard on 01/04/2010 at 10:12 AM
    • Reply

    good info, skg bru aku paham…

    • ala lingkup on 01/04/2010 at 10:39 AM
    • Reply

    memang rancak

    • Han on 01/04/2010 at 11:03 AM
    • Reply

    baru aku paham nape harga mahal sangat..
    huhuhu..
    tapi tebaik la proton+lotus..

    • pokmat on 01/04/2010 at 11:11 AM
    • Reply

    25 unit je? x sempat kumpul duit. he5x

    • Joule on 01/04/2010 at 11:43 AM
    • Reply

    Pasni bt la lg 25 bijik..

    • kete_hitam on 01/04/2010 at 12:17 PM
    • Reply

    Mcm ni la yg sekutu nk. tahniah GT.com.

  2. tapi pada aku still mahal la hehehe.. sorry laa aku mmg suka komen sbb aku pun pakai kereta nasional.. btw.. AP resing 4 pot tu boleh lagi reduce pergi twin port utk kadar bhp kereta .. kat situ rega maybe leh kasi kurang.. logik aku senang aje.. vr4 rs 220bhp pun pakai twin pot .. ok aje stop..

    itu adalah salah satu benda kita kena tgk.. mmg laa pakej dia nampak best.. tapi berkadaran ke dengan kuasa kereta.? sebaiknya R3 kena pikir camne nak bagi impak pada penggila proton so that kereta ni instead limited edition to 25 unit jadi spesel projek beratus2 unit.. dan of course harga itu penting utk bagi rakyat marhaen seperti aku kais pagi makan pagi kais petang belum tentu makan kentaki… ok..

    buat mahal2 yg dapat main org banyak duit.. bak kata kawan aku this is a rich man’s toy.. forgive me .. huhuhu

    • kodok on 01/04/2010 at 1:14 PM
    • Reply

    betul kata sepat. mungkin ada part yang boleh downgrade skit. pastu tambah volume. offer global. so maybe harga boleh rendah lagi.

    • 6posen on 01/04/2010 at 1:40 PM
    • Reply

    bc komen kt blog pesaing, lg la mcm2 komen……mncarut2 pun ada…ape da…

    • chaoul on 01/04/2010 at 1:42 PM
    • Reply

    beli satu satria pekak.. sumbat enjen mivec buat suspensen buat body rigid, brek, pasang bar uracing, masukkan macam2 toyol kat enjen..x abis pun 40k… lagi best…

    • on 01/04/2010 at 2:11 PM
    • Reply

    Chaoul

    Itu pada kita, orang yang banyak duit tak ada masa nak fikir keluar masuk bengkel. Silap-silap yang beli Neo LR ni tak ada masa pun untuk pandu. Sebab itu banyak kereta mewah batuan dia rendah.

  3. Mak Uia

    pada aku org kaya yg pakai keter mewah tapi batuan rendah belum cukup kaya laa tu sebab pakai nak bergaya tapi bila time nak maintain belum tentu dia hantar garage sesilap dia iklan dalam suratkabar nak jual.. keter2 camtu setahun aje kat tgn dia lepas tu tukar kete baru.. hee

    • basikal on 01/04/2010 at 2:42 PM
    • Reply

    memang terbaik lah tuner mesia….aku memang suka kete nih…terutama part bumper dpn ngan fender….

    • smut_liar on 01/04/2010 at 3:02 PM
    • Reply

    this is the rich man toy….
    mmg best ayat ni….

  4. wa mmg respect proton..ttp kalo bole wa mintak2 supaya proton kuarkn kereta best yg mampu beli…supaya lebeh ramai rakyat malaysia terutamanya orang kebanyakan spt aku nih bole beli..disamping rakyat jelata membantu menaik taraf produk keluaran malaysia di mata dunia…

    • mesinTebu on 01/04/2010 at 3:52 PM
    • Reply

    memang mahal Rm115k, limited kepada 25 biji sahaja, tapi rasanya keta ni x merepek lagi macam ferrari FXX, 1 juta pound, 30 biji di dunia, sebiji mcam ferrari enzo cuma +bagi jadi sampai 860bhp, yang part lagi best, orang yang beli keta ni xpenah bawak pun, ferrari parking dekat kilang dia, tuan punya keta hanya boleh bawak dekat trek, lepas bawak, ferrari simpan balik dekat kilang…

    Kesimpulannya : Ekslusif punya kes, apa2 pun boleh jadi…

    Sumber : Top gear lepas reviu keta lotus, search dalam Utube, Ferrari FXX.

    • yeh on 01/04/2010 at 5:21 PM
    • Reply

    hahaha…xhebat lgsung…tp aku org mlaysia…apakan daya…

    • Johanmmu on 01/04/2010 at 6:17 PM
    • Reply

    Kete memang terbaik… tp cume mampu tengok je…

    • Joule on 01/04/2010 at 6:43 PM
    • Reply

    Sokong sepat..

    Tu ak ckp pasni die bt lg 25..
    pstu lg 25..
    pstu lg 25..
    kalau skali trus bt saratus kn bleh murah lg..

    Tp..

    kalu dh trus bt seratus xdpt la R3 nk bt edisi terhad yg lain,
    mcm edisi maxis ke, edisi airasia ke, edisi fairuz fauzy ke..

    heheheh..

    • pendita_gila on 01/04/2010 at 7:12 PM
    • Reply

    gua nak ajak bdk yang bli kete ni main ngan kete buatan malaysia gua nnti huhuhu ada sapa2 nak join???

    • natubaik on 01/04/2010 at 10:09 PM
    • Reply

    rosyam nor

  5. silap2…ohlins rupanya…ako ingatkan bilstein…

    • on 02/04/2010 at 2:23 AM
    • Reply

    mak 4 ibu jari(termasuk kaki) wa angkat kasi kt lu..tbaik jo..
    puas baca..bagus..walaupun pun org nk ckp pe pun(tp bnyk yg kutuk)aku yakin ni krate khas buat peminat yg tau hargai penat lelah jurutera2,kaki resing bikin ini krate..bayangkn bertapa lagendanya SatriaR3?ni salah satu lagenda nnti?korang tau xdulu org kutuk SatriaR3 mahal?tp tengok sakarang pe jadi?mane nk cari g SR3?klu de pun harga nk mencarut je rase..
    pe2pun wa respek Proton lu org memang tau hargai kelajuan dan kejituan sesebuah krate..tahniah..

    • mesinTebu on 02/04/2010 at 8:23 AM
    • Reply

    jangan jadi macam MYVi SE sudah, dari special edition, dah jadi macam second edition pulak…

  6. aku dapat rasekan kreta ni sedap kat trek. tapi kan..

    aku tak suka pedal neo nih. tak reti aku nak wat heel n toe dgn efficient sebab pedal minyak jauh kebawah berbanding pedal brek (kaki aku x sampai sbnornye) so kat situ dah kureng feel sket. kene ejas baru sedap. tapi itu untuk neo stended.. yg ni aku tak tau la. sedap kut.

    dan lagi seat ni tinggi.. tukar bucket lah dengan steering wheel. kalau aku yg jadi org r3 nih.. dah alang2 buat special edition aku stripkan semua..jadi clubsport version. (kan vision lotus less weight = better handling)

    rim tak cantik,(bagi aku je lah kut).. tapi seat/steering/rim tu semua boleh tukar. xde hal.

    • jokong on 02/04/2010 at 12:27 PM
    • Reply

    mak ai mahal jo

    kopak tabung x cukup
    kopak bank x cukup

    mano lai nk cri duit

    asyik2 anak org kaya je dapat barang baik huhuh

    • belalang_kontot on 02/04/2010 at 2:29 PM
    • Reply

    aku setuju ngn mak uia…
    aku suke kete ni…
    walaupun tak mampu pakai, tp ttp rase bangge…
    tabik spring utk geng2 tengku djan…

    • montana on 02/04/2010 at 2:45 PM
    • Reply

    sume asik pk 0-100 bpe sec de korg pk korg nye 100-0 lak bpe?

    • mesinrumput NOS on 02/04/2010 at 3:59 PM
    • Reply

    Tahniah GT.com,prebiu baguih,keta pun bagus,bab rega keta je xbrape nk baguih..!this is the rich man toy…Ape2pun,AKU SOKONG BRG MALAYSIA,AKU ANAK MALAYSIA!!

    • Cekwang on 02/04/2010 at 8:03 PM
    • Reply

    Patut sangat model ni kuar, memang gempak pencipta edisi kali ni. Aku suka dia punya bunyi jantan habis.

    • apis on 03/04/2010 at 2:56 AM
    • Reply

    walaupun kete ni xleh nk lwn klajuan skyline…
    aku ttp suke kete ni… hrp2 ade g kluaran r3 utk model akn dtg yg lg gempak dr ni…

    • hj kadoX on 03/04/2010 at 7:53 AM
    • Reply

    yeah….sport rim same,tembak german green pastu layan kan ngan sticker kuning(tempah kat kedai sticker) besok satria neo R3SE aku jadi kereta ke 26, hehehe…. baek punyer….

    • bimmer on 03/04/2010 at 2:14 PM
    • Reply

    memang raw
    buat pe laju laju handling mcam toot
    yang ni bru btol
    tak caye try test on high way
    satria gsr n neo RL
    yang mana mnang
    kita tngok sape yang pcah enjin dlu
    huhuhu
    syabas proton

    • bimmer on 03/04/2010 at 2:16 PM
    • Reply

    silap, bkan RL but LR

  7. Kete ni specifically untuk attack corners at maximum speed(tu yg gune fully adjustables ohlins and tayar bridgestone yg grip gile)… Bukan utk setting drag… AP racing gunenye utk late braking kat turn 1 SIC(sepang) so xdela kelam kabut nk carik brek sebab sibuk nak kejar track car EK, DC2, DC5… tu pandangan aku la pasal kete nih…

    • on 03/04/2010 at 2:42 PM
    • Reply

    Late braking tu adalah seni…

    • azwan nbs on 03/04/2010 at 3:14 PM
    • Reply

    bole tahan..

    • v6 Go_On on 03/04/2010 at 4:20 PM
    • Reply

    betollah kate jokong……
    orang kaye jek yang dapat pakai……
    tapi,memang bole tahan kete tu……

    • on 03/04/2010 at 5:30 PM
    • Reply

    Ala. Veyron pakai brek apa ek? Suspension apa?

    Tapi Veyron mahal. Keh keh keh.

  8. merepek lah….. proton nih.

  9. matpon, keta ko spesel..

    Veyron MatPon GT Edition…

    • devan on 03/04/2010 at 10:54 PM
    • Reply

    syabas proton…kereta direka dengan kejuruteraan yang kualiti..

    • syukri781 on 04/04/2010 at 12:16 PM
    • Reply

    mampu berangan je la

    • taufique_eastriderz on 05/04/2010 at 2:45 PM
    • Reply

    aku respek gle klai ni dgn keluaran proton…
    tp jgn r wat limited …
    ssh r org pertengahan nk beli…
    tap klai setiap keluaran de wat 25 unit aku sokong…
    kre kne de tag kt kete r3lotus01/01-r3lotusxx/xx…
    mcm tag kt subaru s203/xxx…

Leave a Reply to ex-Z2HCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.