Baru-baru ini di pelancaran Peraduan Pandu & Menang, Proton telah melancarkan varian baharu Prevé LE. Model itu dikeluarkan di dalam produksi terhad iaitu sebanyak 100 unit sahaja dengan warna tunggal iaitu putih solid. Membezakan Prevé LE dengan model standard ialah kit badan R3, kerusi kulit, roda R3 17 inci dan paling ketara ialah enam beg udara seperti Suprima S.
Pada masa yang sama, Proton turun melancarkan warna baharu iaitu Soft Lilac yang disasarkan kepada pembeli wanita. Mereka yang berminat sudah boleh menempah Prevé baharu tersebut dan harga untuk Prevé LE ialah RM79,688.00 termasuk insurans.
5 comments
Skip to comment form
halamakk… steady!!!
Perghh memnag menarik,tapi harganya tak boleh tahan beb,..mahal
tak berbaloi dengan harga..
nak berbaloi beli vios trd baru..murah je..93++
giler lawa preve nih… mau sambar satu.. ANCAP 5 star beb.. keselamatan diutamakan.. vios abru?? apa barang,, tukar bumper jerrr.. ANCAP?? takde dlm senarai..